BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asingkan sampah mulai hari ini

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_08.1.jpg

Generasi muda perlu diberikan kesedaran tentang keperluan kitar semula bagi memastikan penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dilakukan dengan lebih berkesan. – Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini, kira-kira 10 juta penduduk di enam buah negeri diwajibkan mengasingkan sisa pepejal mengikut komposisi di rumah masing-masing sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Ketua Pegawai Eksekutif Solid Waste and Public Cleansing Management Corp (SWCorp), Datuk Ab. Rahim Mohd. Noor berkata, lebih 600 anggota penguat kuasanya akan ditugaskan di negeri yang terlibat bagi memastikan peraturan baharu itu dipatuhi orang ramai.

Katanya, peraturan itu berkuat kuasa di Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah di samping Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

“Bagaimanapun, penguatkuasaan yang dilaksanakan esok (hari ini) hingga 1 Jun 2016 oleh kami hanya melibatkan program pendidikan serta notis amaran bagi memberi pendedahan kepada masyarakat kepentingan mengasingkan sisa pepejal mengikut komposisi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.



sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
 
dah 20 tahun dulu kempen dibuat
tetapi tidak pernah mendapat sambutan
kenapa
 
Entah la bro. Rakyat Malaysia x suka benda yg melecehkan mereka biarpun baik utk alam sekitar.

Dulu then dok Sydney ada 3 tong sampah. Ikut kaler. Kuning hijau dan kelabu x salah la.
 
Selama ni kerana tiada penguatkuasaan macam denda, mungkin kerana itu kempen tak berjaya. Bila dah buat denda tetapi tak kuatkuasa pun sama juga akan jadi macam kes tali pinggang keledar belakang untuk kenderaan.

Apa2 pun pengasingkan sampah botol, plastik dan kertas ok lagi. Sampah2 ni kalau nak ambil seminggu sekali pun takpe. Tetapi sisa makanan tu kalau tak kutip setiap hari busuk lah pula rumah jadinya.
 
aku dah buat dah...tengok lori sampah still mengasingkan sampah atas lori..maknenye ader lagi jiran2 tak asing#:-S
 
kena buat berdenda baru boleh terdidik masyarakat ni..

senang la skit kerja kontraktor sampah.. takyah asing2 dah.. boleh terus bawak pergi kedai scrap jual plastik, kertas & tin
jangan ada syarat wajib kat kontraktor sudah lah.. semua bahan recycle takleh jual laian tempat.. kena bawak kat company ni jugak..
pandai main.. :D :D :D
 
kena asingkan sampah dari dlm rumah la,cuma kita malas main buang je sekali semua,padahal bleh je kumpul dulu baru buang,yg sisa pejal tu mmg kena buang hari2.
 
Back
Top
Log in Register