BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ashraf kempunan jadi Aleesha

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA TERENGGANU – Impian seorang lelaki untuk menukar namanya kepada nama seorang wanita tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonannya.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, tiada hak untuk menukar status jantina lelaki kepada perempuan pada sijil kelahiran mahupun MyKad miliknya.

Mohd Ashraf yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.

Menurut Mohd. Yazid, permohonan pemohon yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin serta kewujudan organ dalaman.

“Mahkamah perlu membuat pertimbangan berhati-hati kerana kes ini merupakan satu kes yang sensitif dan jika dibenarkan ia akan memberi impak besar kepada masyarakat,” kata beliau.

Bagaimanapun, Mohd. Yazid berkata, setelah meneliti permohonan pemohon, mahkamah mendapati tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklari bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam Sijil Kelahiran ataupun MyKad.

“Apabila seseorang itu dilahirkan sebagai lelaki, maka tiada asas untuk menukar status jantinanya kepada perempuan,” kata beliau ketika membacakan keputusan itu.

Jelas Mohd. Yazid lagi, pemohon mungkin telah memiliki fizikal atau psikologi seorang wanita namun ia bukanlah asas dalam menukar atau mengubah status jantina pada Sijil Kelahiran ataupun MyKad.

“Laporan perubatan dan pembedahan penukaran jantina juga tidak boleh dijadikan hujah untuk membenarkan permohonan ini kerana tiga faktor yang perlu diambil kira adalah faktor kromosom, kewujudan alat kelamin semasa dilahirkan serta kewujudan organ dalaman,” ujarnya.
 
setakat nak tukar nama apelah sangat bukan sensitif pun daripada tukar agama,nak murtad senang lah plak
 
buat jenayah best ni.
saksi nampak perempuan yg buat.
cek cap jari kat crime scene cap jari laki
 
setakat nak tukar nama apelah sangat bukan sensitif pun daripada tukar agama,nak murtad senang lah plak

takot nnt ramai org ikot bro biler dah legal..tukar nama tuh bermula biler org start tukar jantina..nnt biler dah tukar nama jd legal ramai ler tukar jantina..dlm Islam mengharamkan tukar kejadian Tuhan nih..biler dah ramai takmo ikot ajaran Islam ramai plak mohon tukar Agama dan Memurtadkan diri semata2 nak jd pompuan..itu yg kiter tak mahu..domino effect yg cukup terkenal kat Malaysia nih:(scam
 
macam2 hal...xpayah ler...syukur la ape yg ade...ngarut sungguh permintaan..
 
dah elok jadi jantan ,, nak tukar watpe.. aduhaii...
 
dah elok2 nama ashraf ade ke nak tukar aleshaaa.... meroyan betul!!!
 
hidup2...udah2 leeee ashraff.......

p/s~nasib bukan ashraf sinclair...ekekkekek
 
sorang dah dapat nanti semua pakat nak buat macam siAshraff ni...
 
Back
Top
Log in Register