ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama)
PERSATUAN Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) menganggap pelancaran Skim Amanah Saham 2 (ASB2) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah langkah strategik dalam membantu Bumiputera mendapat pulangan konsisten dalam jangka masa panjang.
Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, langkah itu memberi semangat baharu kepada bumiputera bagi meyakinkan diri untuk terus berjuang dalam semua aspek pembangunan ekonomi negara.
"Saya percaya usaha kerajaan seperti ini akan memberi inspirasi terhadap peniaga-peniaga Bumiputera dan saya mencadangkan supaya milikan aset tidak tertumpu kepada mereka yang mempunyai kuasa perolehan tetapi terbuka kepada semua.
"Kami juga berkeyakinan tinggi menerusi pelan tindakan kerajaan ini, bumiputera dapat mengembangkan perniagaan dan aset yang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Peniaga Bumiputera juga harus mencari inisiatif yang terbaik selepas kerajaan mengeluarkan pelbagai bantuan bagi meningkatkan lagi taraf hidup dan mengembangkan lagi perniagaan.
Rancangan 10 bilion unit saham menerusi enam cabang itu meliputi semua aspek pembangunan termasuk Pelaburan Pendidikan Bersepadu, Pendidikan Profesional dan Pemilikan Syarikat Strategik dan Milikan Aset.