BTC USD 85,544.8 Gold USD 4,163.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASB Hukumnya Haram

Jadi sesape yg melabur 2 kenelah wt keluarkan balik duit pelaburan..
X gitu?

Bawa kluarlah duit asb.....duit tu beli emas fizikal @ akaun emas KFH:D
 
Salam,

Bismillah wa hamdalillah,

Setelah membuat kajian di ASB , maka jawapan yang paling tepat untuk soalan ASB adalah seperti berikut :-

Ia adalah haram dan tidak sah seratus peratus, seluruh dividen hasil ASB juga tidaklah sah di sudut syara' kerana sebeba berikut :-

1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank (perbankan Ribawi yang haram memonopoli industri)
2) Commerce asset holdings berhad (Konvensional) - 1.11 %
3) British American Tobacco berhad 1.07 %
4) Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % ( insuran konvensional)

justeru, jika menurut ukur rujuk (benchmark) peratusan pelaburan haram dalam sesbuah syarikat yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti , ( rujuk keputusan Majlis Penasihat Shariah SC). Maka jumlah di atas sudah menjadikan pelaburan haram menguasi dana pelaburan ASB. ini menyebabkan nya menjadi haram.

Bagaimanapun, kemudian timbul fatwa yang menghalalkannya atas hujah di atas.

Bagaimanapun minta maaf saya katakan bahawa semua hujjah di atas terlepas pandang satu aspek kritikal dalam mengesahkan pelaburan ASB. iaitu aspek AQAD PELABURAN YANG digunakan. adakah ia mudabarah atau musyarakah atau apa?

Perlu diingat bahawa jika aqad nya tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira dalam industri halal atau haram ia dilaburkan.

Maka setelah saya merujuk ke PNB, dan buku prospektus ASB. saya dapati bahawa termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna sayarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dgn syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam.

Menurut mazhab Syafie, aqad pelaburan tadi adalah batal. Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang mengurskan pelaburan juga di fatwa kan oleh Majma' Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke 9 mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga. dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah.

Adakah ini dijaga oleh ASB...tidak sama sekali kerana mereka langsung tidak mempunyai Penasihat Shariah. Sepatutnya jika Malasyia ingin menjadi Global Islamic banking and Finance Hub.. sebagaimana di warwarkan Oleh Dato' Seri Najib, PNB harus di Islamisasikan terlebih dahulu. gunakan konsep mudarabah dalam pelaburan mereka dan melabur di kaunter halal sahaja.

Banyak lagi kaunter halal untuk melabur wp kurang sikit dividen, biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram .





adapaun berkenaan jaminan modal pelaburan yang tidak akan terlupus dan tidak akan hilang walau apa pun terjadi, maka ia tidak menepati shariah.

Sila baca tulisan saya yang berikut berkenaan isu ini :-

Quote:



Isu Jaminan wang modal tidak lupus : dalam kontrak Pelaburan

Keistimewaan ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin. Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ). Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah ( Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313 ) ;

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu :-

a) Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.

b) Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)



Malangnya, kedua-dua ini tidak termasuk dalam aqad pelaburan ASB.

Harap ianya dapat menjelaskan isu ini.

sekian

ust zaharuddin abd rahman
8 syawwal 1427 H
31 Okt 2006

http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=224&Itemid=95

So....dividend yg dpt every year tu haram????:-?:-?
 
senang jer..kalau ikut majlis fatwa harus...jadi disini kalau yg ikut majlis fatwa maka segalanya ditanggung majlis fatwa..tk perlu anda pening...
 
Da lame da thread nie rupe nyer..Kalo was-was @ ragu-ragu tinggal kan jer..
 
Zaman dulu tak perlu dok dlm hutan pun leh ikut ajaran ISLAM dan Sunnah. siap leh buat aktiviti dunia. nape? ko nak ckp kat sini yg ajaran ISLAM dah tak relevan pada zaman ni?kalo ikut ajaran ISLAM tak leh wat aktiviti dunia.

dgn ada CG ni lah banyak benda kita leh bincang. hukum forex org dah lama dok bincang. g cari blk thread tu.

tak usah la nak bincang pasal halal haram ASB. kalo nak tgk dr segi return pelaburan, ASB jauh kena tinggal gn unit trust islam yg lain. Affin Islamic Fund thn lepas kalo tak silap aku 12% return dia. Halal pun halal sbb dipantau panel syariah. yg public bank, dana ittikal lg ganas. lebih 15% setahun.

Buka mata buka minda. ASB yg labur kat tempat yg meragukan pun tak bg return banyak tu. nape nak prejudis gn semua benda yg ada tanda islamic. Hatta cina pun labur dlm unit trust yg islamic ni.

pikir2kan la. kalo tak mau pikir halal haram pun, tgk la dr segi perfomance unit trust tu.[/QUOTE]


Macam menarik je melabur kat Affin Islamic fund & public bank ni..leh minta tolong terangkan x cane nk masuk melabur dlm fund ni & syarat2 ye...
 
erm.. hangat la topik ni hehe.. jom kite beli emas & simpan/pakai. takda duit kite jual/gadai je. harga emas meningkat setiap tahun. inflasi sifar
 
Back
Top
Log in Register