BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen ASB / Agihan Pendapatan ASB tahun 2023 ASB 5.25 sen seunit

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,471
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,471
Reaction score
1,051
Points
151

pic-pnb-baru2.jpg
Bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.8 juta akaun hingga kini. -Gambar hiasan
PETALING JAYA – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
Jumlah tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.

Nilai keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion itu juga akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata saham amanah itu terus memberikan pengagihan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank.
“ASB telah mencatatkan prestasi yang kukuh, hasil daripada perumpukan aset dan strategi kepelbagaian kumpulan.
“ Beberapa urus niaga penting telah dilaksanakan untuk meningkatkan nilai bagi pemegang unit. ASB terus menjadi pelaburan pilihan jutaan masyarakat bumiputera dan terus memberikan pulangan yang konsisten, membentuk sebahagian daripada pelan simpanan untuk lebih 10.8 juta pelanggan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Selain itu, bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.8 juta akaun, menunjukkan keyakinan berterusan terhadap ASB sebagai instrumen simpanan dan pelaburan penting bagi golongan bumiputera dalam perancangan kewangan mereka.
Bagi tahun kewangan 2022, agihan pendapatan ASB adalah sebanyak 3.35 sen bersama bonus 1.25 sen untuk memberikan jumlah 4.60 sen seunit, selain terdapat bonus tambahan sebanyak 0.5 sen seunit untuk 30,000 unit pertama bagi setiap pemegang unit. -KOSMO! ONLINE
 
3d58609e90f06bf938601edcad06e183.jpg



Agihan pendapatan ASB 5.25 sen

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Jumlah tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.
“Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion itu akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.
“ASB terus memberikan pengagihan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank.
“Bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.8 juta akaun, menunjukkan keyakinan berterusan terhadap ASB sebagai instrumen simpanan dan pelaburan penting bagi golongan bumiputera dalam perancangan kewangan mereka,” kata PNB.

Ia turut memaklumkan bahawa bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.8 juta akaun pada 2023.
Ini, menurut PNB enunjukkan keyakinan berterusan terhadap ASB sebagai instrumen simpanan dan pelaburan penting bagi golongan bumiputera dalam perancangan kewangan mereka.


Pengerusi Kumpulan PNB Raja Arshad Raja Uda berkata, di sebalik keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah, PNB telah secara konsisten memberikan pulangan yang kompetitif melalui dana harga tetap yang kesemuanya telah mengatasi penanda aras mereka selama ini.
“Oleh itu, orang ramai digalakkan agar terus menyimpan untuk jangka masa panjang dan masa depan yang terjamin. Tahun ini, kami menyaksikan peningkatan dalam bilangan akaun kepada 15.6 juta setakat Oktober 2023 (daripada 15.2 juta tahun lepas).
“Populariti berterusan produk unit amanah kami terbukti melalui Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2023 dengan produk ASNB mengekalkan kedudukan sebagai pilihan pelaburan paling popular,” katanya dalam kenyataan sama.
Menurut Kementerian Kewangan, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang 4.0 peratus pada 2023 dengan sokongan berterusan penggunaan domestik yang kukuh, perbelanjaan infrastruktur serta pemulihan dalam sektor pelancongan.
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 3.3 peratus pada suku ketiga 2023 berbanding 2.9 peratus pada suku kedua 2023.
 
2470296.jpg

Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat.

SHAH ALAM - Rata-rata pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) konsisten menyimpan dalam akaun berkenaan sambil mengumpul dividen tahunan bagi tujuan membayar deposit rumah, membiayai pendidikan serta menunaikan haji atau umrah.

Kakitangan perbankan, Noraidah Lamri, 57, berkata, beliau membuka akaun ASB sejak tahun 1990-an dan turut menyimpan wang ke dalam akaun berasingan buat empat orang anaknya.

Menurutnya, duit simpanan itu boleh digunakan sebagai alternatif sekiranya telah bersara atau mahu bercuti di luar negara pada masa akan datang.

“Saya pernah tunaikan umrah pada 2019 dan bawa seluruh keluarga saya, jadi menyimpan dalam ASB sangat membantu,” katanya kepada Sinar Harian.

Pekerja hotel, Syaznur Hakim Janal, 25, memberitahu, arwah bapanya secara rutin menyimpan dalam akaun ASB sejak dia berumur 12 tahun untuk pembiayaan pendidikan dan simpanan jangka panjang.

Tambahnya, jumlah terkumpul sebanyak RM30,000 masih belum terusik sehingga kini kerana mahu digunakan untuk tujuan kecemasan, berkahwin atau membeli rumah pertama.

2470295.jpg

Arwah ayah memang tak izinkan saya untuk usik langsung wang simpanan ini sehingga saya mencecah umur 18 tahun dan selepas dia meninggal dunia dua tahun lalu, baru saya boleh gunakannya.

“Namun, tiada keperluan saya gunakan ia buat masa sekarang jadi saya cuma kumpul dividen setiap tahun saja,” ujarnya.

Dalam pada itu, jururawat, Juminah Tamin, 44, berkata, dia mula menyimpan sejak tahun 2005 dan jumlah simpanan sehingga kini sudah mencecah RM50,000.

“Kebiasaannya saya cuma masukkan (dalam ASB) sekitar RM300 sahaja tapi tak simpan setiap bulan. Hasil simpanan itu saya fikir mahu tunai umrah atau haji jika diberi peluang ke sana, insya-ALLAH.

“Sebagai pencarum, saya gembira dengan kenaikan dividen dan memberi sedikit kelegaan kepada kami semua sebab beberapa tahun kebelakangan ini dividen agak rendah.

“Peningkatan ini sedikit sebanyak akan menarik perhatian lebih ramai orang untuk menyimpan bersama ASB,” ulas Juminah.


 

Melaburlah di tempat selamat supaya tak putih mata​

2470347.jpg

Pilih pelaburan selamat seperti yang diuruskan PNB atau pihak dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). - Gambar hiasan


BAGI yang mempunyai wang yang disimpan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), mereka boleh mengukir sedikit senyuman kerana Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1 sen seunit.

Berbanding tahun lalu, prestasi tahun ini adalah lebih baik walaupun dalam persekitaran ekonomi dunia yang tidak menentu akibat kesan pandemik dan peperangan yang berlarutan.

Dengan kadar agihan pada tahun ini, pemegang unit yang membuat pinjaman bank untuk membiayai pelaburan masih mampu menampung kadar faedah pinjaman bank dengan sedikit lebihan pendapatan.

Golongan yang meminjam untuk melabur memerlukan tempoh yang lebih lama untuk menikmati hasil pelaburan mereka.

Walau apa pun caranya, asalkan ada tabiat menyimpan, ia adalah lebih baik daripada menghabiskan wang dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Hakikat yang pasti, untuk melabur dalam apa-apa instrumen pun, perkara yang paling penting ialah memilih pelaburan selamat seperti yang diuruskan PNB atau pihak dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Kebanyakan orang kita mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menawarkan pulangan berganda-ganda sedangkan kebanyakan skim pelaburan yang terlalu indah itu pasti berakhir dengan kerugian.

Contohnya janji bulan bintang seperti pulangan 51 kali ganda dalam tempoh enam bulan dan macam-macam tawaran lagi yang tidak munasabah tetapi pasti akan dapat menjerat mana-mana mangsa.

Skim pelaburan kripto, ponzi emas, pelaburan di luar negara dan banyak lagi skim pelaburan tidak wujud telah menyebabkan ramai rakyat kita berputih mata hilang wang simpanan dengan begitu mudah.

Paling membimbangkan, wang yang lebur itu adalah duit pinjaman peribadi dengan along yang dibuat dengan anggapan boleh dibayar semula dengan hasil 'pelaburan' yang akan diperolehi kelak.

Kesimpulannya, usahlah terpedaya dengan skim pelaburan yang terlalu tinggi pulangannya kerana sudah banyak kes penipuan yang dilaporkan di sekeliling kita yang akhirnya menyebabkan mangsa hidup sengsara.



 
Back
Top
Log in Register