BTC USD 86,150.3 Gold USD 4,156.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asas Pertolongan Cemas

ASAS PERTOLONGAN CEMAS


  • Total voters
    0
  • Poll closed .

girlsilver

Legendary Member
gem
Messages
10,764
Paid Membership
Joined
Dec 1, 2009
Messages
10,764
Reaction score
202
Points
123
Berapa ramai agaknya orang yang tahu berkenaan pertolongan cemas? berapa orang agaknya tau kepentingannya?

Tahukah anda pertolongan awal boleh membantu menyelamatkan nyawa?
Sekurang2nya ikhtiar dari tiada berbuat apa2, kalu benda nk jadi
akan terjadi jugak....mmg betul tetapi sekurang2nya kita dh berusaha...Allah yang tentukan segalanya....

klik kat sni untuk info ASAS PERTOLONGAN CEMAS DIRUMAH
TEKNIK & LATIHAN KECEMASAN


PERTOLONGAN CEMAS

Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik
a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa.

sbb bila aku tnya dikalangan kwn2 aku, depa tau tp malas nak
belajar buat xendah sbb xpernah terkena.ade kes yg anak mati
tercekik xdpt rawatan awal (pertolongan cemas).
just kongsi2 info jer :)cgrock
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register