BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asap Rokok - Boleh Mintak Cerai

pajamada

Active+ Member
gem
Messages
2,978
Joined
Apr 19, 2011
Messages
2,978
Reaction score
1,318
Points
106
Hakim beri syarat amalan merokok ancam kesihatan

Riyadh: Wanita Arab Saudi yang berdepan masalah kesihatan kerana suami mereka merokok dibolehkan memfailkan kes cerai terhadap suami, kata hakim yang ditemubual akhbar Al Watan. Hakim Mahkamah Rayuan, Ebrahim Khodairi, berkata peraturan undang-undang dipohon dalam kes seperti itu yang boleh sampai ke tahap perceraian.

Jejas kesihatan

“Jika seorang wanita mengahwini seorang lelaki yang merokok dan disebabkan perbuatan itu si isteri mengalami masalah kesihatan seperti sakit dada dan alahan teruk, selepas menyatakan beliau sebenarnya tidak mahu mengahwini perokok, perkahwinan mereka perlu ditamatkan kerana kerosakan disebabkan asap rokok dan pasangan berkenaan sudah tidak boleh hidup bersama lagi,” kata Khodairi.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk kes wanita yang memang mengetahui bakal suaminya merokok sebelum berkahwin.

Tambahan lagi, tempoh perkahwinan adalah satu lagi faktor bagi hakim untuk diambil kira, tambahnya.

Sebagai contoh, kes wanita yang sudah berkahwin 20 tahun dengan perokok, akan digugurkan kerana wanita berkenaan sudah menerima hakikat itu.

Terima pelbagai reaksi

Kenyataan Khodairi menerima pelbagai reaksi yang disiarkan laman web rangkaian sosial.

“Bagaimana saya hendak meyakinkan suami saya supaya berhenti merokok?” soal seorang wanita Arab Saudi.

“Saudara lelaki saya merokok dan saya tidak tahan dengannya. Jika ini kesnya, semua wanita akan diceraikan,” kata seorang lagi lelaki, merujuk kepada peratus tinggi perokok di Arab Saudi.

Menurut perangkaan rasmi, ada hampir enam juta perokok di Arab Saudi termasuk 600,000 wanita dan 772,000 remaja, pelajar sekolah menengah dan tinggi.

Arab Saudi adalah pengimport keempat terbesar rokok dunia, lapor akhbar. – Agensi
 
rokok dr sana lg murah dan sdap... kawan aku kalau balik saudi dtg blik mesia mesti bawak berkarton2 bekal rokok hahahah..

kirenye mmg susah la bg dorang ni kalau nk berenti rokok... mungkin ngan undang2 camni je bleh menggalakkan dorang supaya berenti merokok....

kalau bakal laki aku perokok nnti aku ckp je "kalau awak xnk berenti, sy pun akan merokok skali ngan awak, sbb fakta dah cakap 2ndhand smoker lg berisiko mudarat kesihatan dr asap rokok berbanding perokok tegar tu sendiri" .... tgk ape reaksi die :p :p...
 
Ayat "Nanti saya pun merokok sekali dengan awak" pasti mengundang kontroversi.:">:">:">

Jangan ambil hati yea,usik2 bulan Ramadhan.Senyum.:D
 
rokok dr sana lg murah dan sdap... kawan aku kalau balik saudi dtg blik mesia mesti bawak berkarton2 bekal rokok hahahah..

kirenye mmg susah la bg dorang ni kalau nk berenti rokok... mungkin ngan undang2 camni je bleh menggalakkan dorang supaya berenti merokok....

kalau bakal laki aku perokok nnti aku ckp je "kalau awak xnk berenti, sy pun akan merokok skali ngan awak, sbb fakta dah cakap 2ndhand smoker lg berisiko mudarat kesihatan dr asap rokok berbanding perokok tegar tu sendiri" .... tgk ape reaksi die :p :p...

siyes nih???
kalah gudang garam ke?
tapi camne leh lepas kastam berkaton2 tu?? :-?
 
siyes nih???
kalah gudang garam ke?
tapi camne leh lepas kastam berkaton2 tu?? :-?

sbb dorang punya rokok made in germany... mmg import puny... gudang garam aku x pnh rs xtau ar... tp dunhill ngan marlboro mmg lain jauh laa dgn mesia punya...

xtau le plak camner bleh lps, tp xdela banyak gile... ade la dlm 2 3 karton paling byk pun skali bwk masuk...
 
kawan aku sampai bergaduh besar ngan laki dia sbb asap rokok...
 
sbb dorang punya rokok made in germany... mmg import puny... gudang garam aku x pnh rs xtau ar... tp dunhill ngan marlboro mmg lain jauh laa dgn mesia punya...

xtau le plak camner bleh lps, tp xdela banyak gile... ade la dlm 2 3 karton paling byk pun skali bwk masuk...

aikkkk awk isap rokok ker???:-?
 
cari la bini yg kaki merokok skali baru bole main hembus2 asap.hehehe.
 
Back
Top
Log in Register