BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asam pedas Mak Eda

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Asam pedas enak dimakan dengan nasi putih.​

ASAM pedas memang terkenal di mana-mana. Masakan tradisional ini bukan saja digemari orang Melayu, malah jadi salah satu makanan kegilaan masyarakat Malaysia.

Bagaimanapun asam pedas dihasilkan dalam pelbagai cara mengikut negeri. Malah ada yang diubah suai mengikut cita rasa tempatan.

Asam pedas Mak Eda cukup terkenal di Port Dickson hingga ada yang mengelarnya asam pedas PD. Ia sentiasa dicari-cari penggemarnya tidak kira sama ada penduduk tempatan mahupun pengunjung yang datang melancong ke Port Dickson.

Menurut Mak Eda atau nama penuhnya Siti Haida Ladon, 44, sejak mengusahakan kedai makanan kira-kira 20 tahun lalu, asam pedas adalah menu yang paling menjadi kegemaran pelanggannya.

"Lauk yang paling cepat habis adalah asam pedas," katanya.

Kata Mak Eda, segala ramuan yang digunakan untuk memasak asam pedas PD bukan sahaja tulen, tetapi resipi yang digunakannya diubah suai agar rasa asam pedasnya unik dan lain daripada yang lain.

"Saya banyak belajar memasak pelbagai jenis lauk termasuk asam pedas daripada emak yang berasal dari Melaka.

"Saya memang minat dengan dunia masakan dan suka mencuba sesuatu resipi baharu, jadi saya ubah suai sedikit resipi asam pedas yang emak ajar agar rasanya lebih istimewa tetapi dalam masa yang sama bahan asas penyediaan asam pedas masih dikekalkan.

"Sebenarnya apa yang penting dalam menyedia dan memasak asam pedas adalah kualiti bahan dan perlu menggunakan ikan atau ayam yang segar," katanya ketika ditemui di kedai makannya yang terletak di Pantai Bagan Pinang.

Mak Eda yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam dunia masakan berkata, pelbagai jenis ikan sesuai untuk dijadikan masakan asam pedas dan antara yang menjadi pilihannya adalah ikan pari, jenahak, merah, tenggiri dan serkut.

Asam pedas sangat sesuai untuk dimakan bersama nasi dan ulam-ulam segar.
 
ahaha asam pedas muo sedap.. cuba try kat muar depan bomba/church muo.. baru bukak dalam sbulan rasanya..
 
tak susah masak

feveret ikan parang..daun kesum kena byk
 
Ada tak dijual rempah yg dah siap dimasak.. ? balik rumah bubuh je dlm periuk dan masak..:D
 
Back
Top
Log in Register