BTC USD 81,394.7 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asal Usul ****, Tikus dan Kucing Dalam Islam

NIce sma ngn tOk KI aku cite..hurm FYI Tok Ki ak nih UStaz..
Dri mana dia tau info nih ak x tau gak la
 
Sekadar renungan

Kucing dan tikus merupakan dua ekor binatang yang saling berkaitan. Dalam erti kata lain, tikus lawannya kucing. Sejarah kejadian kucing dan tikus ini merupakan kekuasaan Allah Azzawajalla yang perlu diambil iktibar.
Kita selalu memuji kucing dengan rupa bentuk yang comel serta kecantikan yang dijadikan Allah Azzawajalla terhadap kucing tanpa kita sedar bahawa setiap kejadian Tuhan itu ada hikmah dan pengajaran yang amat besar.

KEJADIAN KUCING DAN TIKUS

Riwayat mengatakan bahawa ketika Allah Azzawajalla hendak menurunkan azab kepada kaum Nabi Nuh a.s. yang ingkar, maka Allah Azzawajalla memerintahkan agar Nabi Nuh a.s membina kapal besar bagi mengangkut pengikut-pengikutnya serta menyelamatkan haiwan-haiwan sebelum azab diturunkan. Maka Allah Azzawajalla memerintahkan agar dibawa setiap haiwan itu berpasang-pasangan. Iblis laknatullah turut menyertai Nabi Nuh a.s bagi menyelamatkan dirinya.
Maka setelah azab diturunkan, banjir besar berlaku, maka berlayarlah kapal Nabi Nuh a.s mengelilingi dunia. Maka sepanjang pelayaran itu, terjadilah beberapa permasalahan dan keajaiban.

MASALAH 1:
Nabi Nuh a.s gusar kerana najis haiwan dan manusia memenuhi kapal sehingga menyebabkan timbul rasa yang kurang senang kepada pengikut-pengikutnya. Maka Nabi Nuh a.s berdoa dan memohon kepada Allah Azzawajalla.
“Wahai Tuhanku, kapalku telah penuh dengan najis, maka berilah petunjuk agar dapat aku menyelesaikan masalah ini”
Maka Allah Azzawajalla berfirman:
“Wahai Nuh, belailah gajah itu, nescaya keluar darinya haiwan yang akan membersihkan najis-najis ini”
Maka setelah dibelai, keluarlah ****-**** dari gajah berpusu-pusu dan segera membersihkan semua najis-najis sehingga bersih tanpa tersisa sedikitpun.
Kejadian Tikus


Si Iblis pula cemburu dengan mukjizat Nabi Nuh a.s maka dia pun turut mencuba membelai gajah. Dengan takdir Allah Azzawajallah keluar darinya tikus yang banyak lalu merosakkan kapal Nabi Nuh a.s.



Tikus

MASALAH 2

Tikus yang banyak itu pun merosakkan kapal sehingga dikhuatiri akan tenggelam kapal Nabi Nuh a.s. Nabi Nuh a.s berdoa dan meminta kepada Allah Azzawajalla bagi menyelesaikan masalah ini:
“Wahai Allah, kapalku telah dirosakkan oleh tikus, aku takut seandainya karam kapalku, maka berilah petunjuk kepada ku agar dapat aku selesaikan masalah ini“
Kejadian Kucing


Maka Allah Azzawajalla berfirman:
“Wahai Nuh, belailah harimau itu, maka akan keluar darinya haiwan yang akan memusnahkan tikus-tikus itu“

Kucing

Maka setelah dibelai oleh Nabi Nuh a.s maka keluarlah dari harimau itu kucing-kucing dan memakan tikus-tikustersebut sehingga licin dan tidak tersisa sedikitpun.
Wallahua’alam


Credit:http://www.suarapeople.com/2012/07/asal-usul-****-tikus-dan-kucing-dalam-islam/#

Salam Sahabat,

Satu info yg menarik yg boleh dijadikan tauladan. Tp bagi pendapat saya, bahaya kalau kita menjadikan cerita tauladan ini bagi dijadikan hujah bahawa tikus & **** datang dari gajah...atau kucing datang dari harimau. Kerana dikhuatiri ia akan mencambah benih kepada pemikiran DARWINISM yg menidakkan penciptaan kerana bagi fahaman mereka haiwan yg wujud adalah hasil daripada evolusi.

Jika Malaikat dijadikan dari cahaya...Jin/Syaitan dari api...Manusia dari tanah...Haiwan & tumbuhan dijadikan dari Air...

Dan Allah telah menciptakan tiap-tiap makhluk melata dari air. (An-Nuur : 45)

Wassalam
 
Yg Versi Aku Dengar lak
****2 tuh ingkar arahan nabi nuh...
sbb ape x tau.. sbb lapar kot... kene search la kisah sahih dia mcm mane ~
Peacee....
 
Assalamualaikum , saya rasa thread nie wajib di tutup kalau tanpa dalil2 yang shahih , nasihat kepada TT .
sebelum nak kongsi mintak tolong cari dalil dulu. sebab benda nie berkaitan dengan cerita nabi dan firman Allah .
takut menjadi rantai dosa kepada TT jika orang lain sebarkan dengan dasar percaya .
petikan di bawah boleh dijadikan salah 1 hujah pasai apa benda nie boleh jadi rantai dosa . Wallahu 'alam


Salam Sahabat,

Satu info yg menarik yg boleh dijadikan tauladan. Tp bagi pendapat saya, bahaya kalau kita menjadikan cerita tauladan ini bagi dijadikan hujah bahawa tikus & **** datang dari gajah...atau kucing datang dari harimau. Kerana dikhuatiri ia akan mencambah benih kepada pemikiran DARWINISM yg menidakkan penciptaan kerana bagi fahaman mereka haiwan yg wujud adalah hasil daripada evolusi.

Jika Malaikat dijadikan dari cahaya...Jin/Syaitan dari api...Manusia dari tanah...Haiwan & tumbuhan dijadikan dari Air...

Dan Allah telah menciptakan tiap-tiap makhluk melata dari air. (An-Nuur : 45)

Wassalam
 
Last edited:
Iblis laknatullah turut menyertai Nabi Nuh a.s bagi menyelamatkan dirinya.
Maka setelah azab diturunkan, banjir besar berlaku, maka berlayarlah kapal Nabi Nuh a.s mengelilingi dunia.

hmmmm... iblis nak selamatkan dirinya dari apa ? lemas???:-?
 
Assalamualaikum , saya rasa thread nie wajib di tutup kalau tanpa dalil2 yang shahih , nasihat kepada TT .
sebelum nak kongsi mintak tolong cari dalil dulu. sebab benda nie berkaitan dengan cerita nabi dan firman Allah .
takut menjadi rantai dosa kepada TT jika orang lain sebarkan dengan dasar percaya .
petikan di bawah boleh dijadikan salah 1 hujah pasai apa benda nie boleh jadi rantai dosa . Wallahu 'alam

ramai jugak yg tekan thanks..
rasanya itu antara orang2 yang percaya...
 
sepanjang pengetahuan aku babbbbi ni mmg ujud da lama dah.dan mmg diletakkan dibawah sekali waktu kat kapal nabi nuh sbb dia yg akan mkn najis2 haiwan2 lain
 
Back
Top
Log in Register