BTC USD 86,552.5 Gold USD 4,142.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asal Usul Tembakul

TokCu

Legendary Member
gem
Messages
11,155
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
542
Points
161
ikan-tembakul_zps7d8261bb.jpg


Ikan Tembakul atau juga dikenali sebagai blodok dan ikan belacak atau blontok seringkali disamakan, namun hakikatnya kedua-dua ikan ini sebenarnya adalah berbeza.


Ikan Tembakul atau nama saintifiknya periophtal madon sehlosseri dan ikan belacak atau nama saintifiknya periophalamus koelreuteri kedua-duanya terdiri dari keluarga yang sama iaitu keluarga atlantick mudskipper.



Sejarah Silam:


Ketika Laksamana Cheng Ho datang ke Melaka, beliau dan rombongan pedagangnya pernah singgah di Parit Unas, Muar, Johor disebabkan bot tunda mereka telah dipukul ombak dan pecah di Parit Unas.

Berdasarkan lunas tembaga bot tunda Laksamana Cheng Ho telah dijumpai oleh penduduk setempat, maka berdasarkan lunas tembaga itu maka kampung tersebut dinamakan kampung Parit Lunas, tetapi pada ketika itu orang-orang cina menyebut perkataan itu dengan pelat maka disebut unat. Lama kelamaan disebut unas dan kekal hingga kini Kampung Parit Unas, Muar, Johor.


Lokasi kedua Laksamana Cheng Ho di Pantai Kuala Parit Jawa, Muar, Johor. Laksamana Cheng Ho mengetahui bahawa penduduk Parit Jawa terdiri dari orang-orang jawa. Asalnya orang jawa itu terdiri dari kaum ponorogo. Orang yang mula-mula membuka Parit Jawa yang datangnya dari Tanah Jawa, Indonesia. Sekarang kuburnya masih ada di selekoh pantai Parit Jawa.


Setelah kedatangan rombongan Laksamana Cheng Ho, orang-orang jawa ponorogo telah menyambut dan mengadakan upacara sambutan maka pengikut Laksamana Cheng Ho yang beragama buddha juga mengadakan upacara sembahyang dan ketika itu mereka telah mendirikan sebuah bangsal dan meletakkan sebuah replika yang dibawa dari Negara China sebagai arah tuju sembahyang.


Selepas mengadakan upacara sembahyang, orang-orang jawa telah menyajikan makanan yang berbentuk makanan penguat tubuh (exotic) iaitu salah satu bahan yang disediakan ialah ikan tembakul atau blodok. Selepas keesokkan harinya mereka bertanya kepada salah seorang orang jawa akan khasiat ikan tembakul, maka orang jawa itu memberitahu bahawa ikan tembakul mempunyai antibodi yang kuat kerana ikan tembakul tinggal didalam lubang lumpur lembut kerana asal manusia dari tanah juga, maka kekuatan tanah juga diambil daripada kejadian Nabi Adam as.


Maka setelah mengetahui khasiat ikan tembakul maka ikan itu dipanggang dan diletakkan ditempat sembahyang sebagai tanda kemakmuran, kesejahteraan dan kasih sayang yang bertemakan kepada hubungan seperti adik beradik.


Orang-orang cina yang bermastautin di Parit jawa yang berpakaian seluar pendek hitam besar dengan ikatan selimpang hijau sebagai talipinggang telah meletakkan batu asas yang kini Tokong Chor Ser Kong kini telah berusia lebih 160 tahun. Tanyanya merupakan tokong pertama dan tertua di Malaysia.

replika_tembakul_tokong_parit_jawa_zps97a3070b.jpg


Kerana itulah terdapat replika ikan tembakul yang diletak di atas menara Tok Kong Chor Ser Kong pantai kuala Parit Jawa sebagai simbol kemakmuran, kesejahteraan dan kasih sayang antara kaum dan 1 Malaysia adalah satu slogan kerajaan yang bertepatan dengan sejarah tembakul.
 
Ooo..telur ikan ni la yg si pekan makan dalam cerita batu belah batu bertangkup tu...boleh makan ke ikan ni?
 
Back
Top
Log in Register