BTC USD 83,083.5 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asal Usul Kelantan Versi Mitos

Tokcu mai la sini. Betul ke cite ni. :eek:

TokCu sebenarnya tidak suka ada orang main-main dengan sejarah:)

Bab sejarah Kelantan ini yang sebetulnya hampir separuh darinya adalah mitos bahkan ada yang ditokok tambah. Semuanya kerana ingin menutup kisah sebenar.

Orang yang terlibat dalam perkara ini terdiri dari golongan istana disamping kesan penjajahan yang ingin menyorokkan fakta.

Nama kelantan ini telah wujud sejak bila pun tiada yang pasti. Ada catatan dari negeri China yang menyebut Ho-lan-tan di Semenanjung Tanah Melayu. Catatan tersebut jauh lebih awal daripada tarikh kedatangan Sayyid Hussein Jamadil Kubro.

Kelantan di abad ke-14 masih lagi di bawah pentadbiran Patani. Apabila berlaku serangan besar-besaran oleh Siam Ayuthia, nama Patani masih belum muncul begitu juga dengan nama Kelantan, (yang mungkin merupakan nama kota kuno sezaman dengan Kerajaan Funan di IndoChina).

Nama kerajaan Chermin adalah kombinasi kerajaan Kelantan dan kerajaan Patani. Di dalam kerajaan Chermin terdapat raja-raja kecil yang memerintah dan berpusatkan kerajaan besar di Chermin.

Munculnya nama Kelantan sebagai sebuah kerajaan ialah setelah Perjanjian Bangkok di mana Patani dipecah-pecahkan. Jika anda tahu dimanakah letaknya kawasan Kota Jembal, sehinggalah ke Pasir Puteh, itulah adalah kawasan yang didakwa sebagai asalnya Kelantan. Dari Kota Jembal sehinggalah ke semmpadan Thai sekarang, itu adalah kawasan di bawah pemerintahan kerajaan Patani.

Berdasarkan pertikan yang dipaparkan oleh TT, sebenranya tiada kaitan langsung asal usul nama Kelantan dengan kedatangan Sayyid Hussein Jamadil Kubro pada abad ke-14 masehi itu.
 
Hok sebenarnyo gini..nok buleh ko Maharaja Srimat Trailokyaraja tu kesnyo pok dio nikoh nga mok dio.Setakat tu jah ambo tahu..#:-S

mok demo nikoh nga sapo hok bulih ko demo tu abee wei...:D
 


Sebelum sempat mendarat di bumi berkat Tanah Melayu, YM. Syed Hussein JamadilKubra dan saudara-saudaranya telah diuji oleh Allah dengan satu ujian yang besar sehingga kapal yang mereka naiki hampir 'KARAM' di laut sehingga YM baginda Syed Hussein JamadilKubra hampir-hampir berputus asa dan beliau bersungguh-sungguh berdoa supaya diselamatkan dari bencana itu dengan berikrar akan mendirikan sebuah 'rumah Allah' (masjid)jika mereka terselamat dari bencana karam itu.

Alhamdulillah, diizinkan Allah, secara tiba-tiba terjadilah 'Karamah WaliAllah' iaitu doanya telah makbul (rujuk buku Penghantar Ilmu Tarekat &; Tasauf karangan Prof. Abu Bakar Adtjeh)iaitu telah datang pertolongan Allah (Nasrum'minallah) berupa sekawan 'ikan kekacang' @ kekacang fish', telah datang menolong dengan menyumbat diri masing-masing pada tempat yang terdapat lubang-lubang air di kapal itu. Manakala sekawan yang lain telah menolak kapal itu sehingga selamat sampai ke daratan iaitu di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.


Apabila selamat dari bencana itu, YM Syed Hussein JamadilKubra terus sujud syukur dan bersembahyang dua rakaat bersama-sama yang lain.Fenomena ini menjadi satu 'keganjilan' pada penduduk setempat yang datang menolong kerana di masa itu penduduk di situ masih beragama Hindu dan Budhha yang belum mengenal agama Islam lagi.


Dalam keadaan itu, tiba-tiba satu lagi 'petunjuk' dari Allah datang apabila seekor Tupai Putih melompat di hadapan baginda YM Syed Hussein JamadilKubra dan terus menuju ke serumpun pohon buluh 'Betong' yang berada tidak jauh dari angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra berehat. Tupai putih itu lalu memakan 'umbut' pokok buluh Betong itu dan berlalu dengan kenyangnya.Memandangkan angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra memang dalam keadaan lapar dan dahaga selepai diamuk badai di lautan, maka berkeinginanlah lanta bagi YM Syed Hussein JamadilKubra untuk mencuba apa yang dimakan oleh Tupai putih itu lantaran laparnya.



yang mitos berkenan Sayyid Hussein Jamadil Kubro ini pun sangat menyedihkan...

Yang sampai pada pendengaran TokCu dari banyak sumber hanyalah berkaitan ikan kekacang sahaja.... tiada tupai putih.... tiada buluh betung...

Kisah ikan kekacanag itu merupakan anugerah kewalian Allah Taala terhadap Tuan Sayyid tersebut.

kisah tupai putih diada-adakan oleh satu golongan yang terlalu taksub dengan keturunan mereka....

yang buluh betung tu untuk mengelirukan kisah Raja Jembal kerana terdapat satu pihak yang kurang senang dengan keturunan Raja Jembal ...

Wallahu a'lam...
 
panjang sejarahnye....




cgs.gif
cgls_1.gif

benar,
kerana kerajaan ini adalah sebahagian dari kesinambungan Empayar Langkasuka sehinggalah kepada Empayar Sriwijaya,Kerajaan Chermin, Empayar Majapahit, Kerajaan Jembal seterusnya sehinggalah kepada pemerintahan keturunan Long Yunus dan akhirnya termasuk dalam agenda penjajah....

versi sejarah yang ada sekarang dah jadi macam movie tamil:))
 


Maharaja Srimat Trailokyaraja (Maharaja Imbang Jaya - 1233)
↓
Maharaja Suran
↓
Raja Tilam
↓
Raja Sakranta
↓
Sultan Mahmud Jiddah
↓
Raden Mas Ariya (Hang Tuah dikatakan pernah berguru dgn baginda - Hikayat Hang Tuah)
↓
Putri Selindung Bayu (berkahwin dgn zuriat keturunan Nabi Muhammad S.A.W iaitu Sayyid Husain Jamadil Qubra - moyang kepada Wali Songo - rujuk nota tambahan di bawah)
↓
Sayyid Ali Nurul Alam
↓
Sultan Maulana Sharif Abu Abdullah
↓
Wan Abdul Muzaffar
↓
Sultan Abdul Hamid Syah..

Sultan Abdul Hamid Syah ada 3 putera :
- Datu’ Nik Ibrahim
- Sultan Nik Badr Us Salam
- Nik Ali @ Fakeh Ali

[ADA PENDAPAT LAIN YANG MENGATAKAN BAHAWA JURAI KETURUNAN SELANJUTNYA ADALAH DARI KETURUNAN FAKEH ALI, DAN BUKANNYA SULTAN NIK BADR US SALAM]
↓
Sultan Nik Badr Us Salam (putera Ke2 Sultan Abdul Hamid Syah) mendapat seorang putera yang bernama Wan Daim.
↓
Wan Daim pula memperoleh 3 putera iaitu :
- Tuan Sulong : mempunyai putera bernama Long Pandak yg menjadi raja Kota Kubang Labu (Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan)
- Long Bahar (Raja Jembal) : mempunyai anak bernama Long Sulaiman, dan Long Sulaiman pula mempunyai anak bernama Long Yunus (Moyang kepada Sultan Kelantan sekarang)
- Raja Long Nik (Datu’ Pujud) : raja negeri Reman (kini : meliputi Yala, Grik & Hulu Kelantan)
↓
Raja Long Nik (Putera ke3 Wan Daim) mempunya 4 putera :
- Long Nuh
- Long Man
- Long Abdul Rahman (Raja Legeh)
- Long Gaffar (pengasas sebenar negeri Kelantan moden setelah berjaya mengalahkan kerajaan Kota Kubang Labu dalam dua peperangan sekitar tahun 1760-an

merujuk tulisan berwarna merah....

Raden Mas Ariya nama sebenarnya dah lupa pulak dah:D
Tapi mana mamat ni kutip sumber menyatakan baginda adalah guru Hang Tuah...

Puteri Selindung Bayu manooo la puloook.....!!!!
Puteri Selindung Bulan namanya juga dinamak oleh suaminya dengan nama Puteri Syahirah:)

TokCu lebih bersetuju bahawa Wan Daim bin Faqeh Ali al-Malbari bin Nik Mustaffa @ Sultan Abdul Hamid Syah.
 
Back
Top
Log in Register