BTC USD 62,068.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AS didakwa tembak MH370

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_01.1.jpg

PEMANDANGAN pulau Diego Garcia di Lautan Hindi yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat. - Agensi
Advertisement

LONDON – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat penerbangan Perancis, Marc Dugain mendakwa, pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu terhempas kerana ditembak oleh tentera Amerika Syarikat (AS), lapor MailOnline kelmarin.

Dugain berkata, tentera AS yang berpangkalan di pulau Diego Garcia, Lautan Hindi menembak pesawat berkenaan kerana menyangka pesawat tersebut telah dirampas dan bakal digunakan untuk satu serangan pengganas.

Beliau merupakan bekas CEO syarikat Proteus Airlines tetapi syarikat berkenaan sudah tidak lagi wujud.

Dugain memberitahu akhbar Paris Match, teori itu berdasarkan dakwaan beberapa penduduk di kepulauan Maldives yang terletak berhampiran Diego Garcia bahawa mereka melihat pesawat jenis Boeing 777 berkenaan terbang rendah.

“Beberapa nelayan di sebuah pulau kecil di Maldives memberitahu saya, mereka melihat sebuah pesawat besar yang mempunyai warna menyerupai pesawat MAS terbang rendah pada 8 Mac lalu,” katanya.

Dia juga mendakwa, ada penduduk di Maldives menemui satu alat pemadam api yang kosong dipercayai milik pesawat MH370 di satu kawasan perairan berhampiran pulau Baarah.

Dalam satu wawancara de*ngan sebuah stesen radio Perancis baru-baru ini, Dugain yang kini menjadi penulis novel mendakwa, sumber perisikan memberi amaran kepadanya supaya tidak menyiasat kehila*ngan pesawat berkenaan.

“Sumber perisikan itu juga memberitahu bahawa saya kini berdepan risiko tinggi dan menasihati saya supaya tidak meneruskan siasatan,” katanya.

Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China.

Sehingga kini, punca pesawat berkenaan berpatah balik sebelum terputus hubungan masih kekal misteri.

Pihak berkuasa Australia sedang mengetuai operasi mencari pesawat berkenaan yang dipercayai terhempas di satu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi, barat Australia. – Agensi
 
Dia juga mendakwa, ada penduduk di Maldives menemui satu alat pemadam api yang kosong dipercayai milik pesawat MH370 di satu kawasan perairan berhampiran pulau Baarah.


Pramugari MAS cuba padamkan api selepas kena tembak dgn tentera US ??

Aiii... tentera US guna meriam katak ke? :)):))
 
Pramugari MAS cuba padamkan api selepas kena tembak dgn tentera US ??

Aiii... tentera US guna meriam katak ke? :)):))



Teori sebelum itu mengatakan pesawat tersebut mungkin mengalami kebakaran kecil sebelum berpatah balik :-?:-?:-?
 
Pramugari MAS cuba padamkan api selepas kena tembak dgn tentera US ??

Aiii... tentera US guna meriam katak ke? :)):))

pemadam api tu kalau terhempas tmpt keras bole meletup penutup atas tu, mngkn sbb tu kosong
 
no komen lebih2...
satgi ada org dengki
 
no komen lebih2...
satgi ada org dengki
 
Kalau yer pun Us tembak kapal terebang kita... apa kita boleh buat?? nak lawan? kita gak yang mampus nanti. nak masuk law pun belum tentu boleeh kasi proof. Ni kerja halus ni..
 
Back
Top
Log in Register