BTC USD 84,509.0 Gold USD 4,287.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ARUNG TEMUJUNG PAHLAWAN BUGIS YANG DIGERUNI

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
ARUNG TEMUJUNG PAHLAWAN BUGIS YANG DIGERUNI

Arung Temujung (To' Mojong) merupakan anak kepada Yamtuan Selangor Arung Pasai. Beliau berasal dari Kesultanan Bone dan merupakan pahlawan Bugis yang paling digeruni. Pada tahun 1777, Arung Temujung telah datang ke negeri Perak dan telah berkahwin dengan anak Sultan Salehuddin Shah Selangor yang bernama Raja Penuh pada tahun 1780. Dengan ini, beliau merupakan ipar kepada Sultan Ibrahim Shah.

Pada tahun 1784, Arung Temujung pernah membantu Raja Haji dalam serangan terhadap kubu Belanda di Melaka. Selepas kematian Raja Haji dalam peperangan tersebut, Arung Temujung telah berundur ke
Perak dan mendapat perlindungan daripada Sultan Muda Perak.

Pada Oktober 1786, Sultan Ibrahim sekali lagi mendesak Francis Light agar mengadakan hubungan dengan Selangor, bahkan baginda turut menawarkan tempat sekiranya Francis Light ingin terus tinggal di Selangor seperti titah baginda “…sahabat kita mahu duduk bersama2 dengan kita di dalam negeri Selangor pun kita lebih lagi suka…". Sekiranya Francis Light sukar untuk pergi ke Selangor, baginda sendiri sanggup turun ke Pulau Pinang untuk bertemu dengannya.

Baginda bertitah “…maka sangat kita hendak berjumpa dengan sahabat kita meskipun
barang2 setengah jam pun sudahlah asalkan berjumpa mulut sama sahabat kita…”. Namun demikian, sehingga warkah bertarikh Disember 1787, Sultan Ibrahim memaklumkan kepada Francis Light bahawa baginda sekarang ini
sedang menjalinkan hubungan dengan Belanda kerana tiada tindak balas yang baik
daripada Kompeni Inggeris terhadap permintaan baginda sebelum ini. Baginda
menegaskan “… sekarang ini kita mau pinta bendera kompeni Olanda …”. Akhirnya, Selangor telah pun menandatangani perjanjian dengan
Belanda berdasarkan warkah Sultan Ibrahim pada bulan Ogos 1786 meskipun pada
awalnya Sultan Ibrahim amat berharap dapat mengikat perjanjian dengan Kompeni
Inggeris.

Belanda dan Inggeris sememangnya bersaing untuk menguasai pelabuhan utama
yang terdapat di Selat Melaka. Tidak ada warkah Sultan Ibrahim yang menyatakan
bahawa baginda pernah ke Pulau Pinang, tetapi terdapat warkah yang menyatakan
bahawa baginda pernah turun ke Melaka yang merupakan pusat pemerintahan Belanda. Pemergian Raja Muda Selangor ke Pulau Pinang atas jemputan Francis Light telah menimbulkan rasa kurang senang kepada Belanda. Perkara ini telah dinyatakan oleh Sultan Ibrahim dalam warkahnya pada tahun 1788 kepada Francis Light.

Pada tahun 1795, Sultan Ibrahim Shah telah menghantar Arung Temujung ke Acheh ketika Sultan Acheh meminta bantuan Selangor untuk melawan orang-orang Dusun di Acheh. Justeru itu, nama Arung Temujung menjadi masyhur dan digeruni oleh penjajah Belanda dan Inggeris. Kewujudannya di Selat
Melaka sentiasa menjadi perhatian Inggeris dan Belanda.

Dalam satu peristiwa, Sultan Ibrahim pernah dituduh oleh Kapten Glass dengan
tuduhan bahawa baginda telah menitahkan pahlawan Bugis, iaitu Arung Temujung
untuk pergi ke Pulau Pinang. Sekiranya tuduhan ini benar, keadaan ini akan
memburukkan imej baginda pada mata Francis Light, dan seterusnya menyukarkan
peluang baginda untuk menjalinkan hubungan baik dengan Kompeni Inggeris
di Pulau Pinang. Baginda telah menafikan tuduhan yang datang daripada Kapten
Glass.

Hal ini menunjukkan bahawa baginda tidak mahu dikaitkan dengan pemergian Arung Temujung ke Pulau Pinang. Pada masa itu, Arung Temujung ditemani Panglima Muda dan Nakhoda Caca dalam perjalanan penjualan bijih timah ke Pulau Pinang.

#MAMR


 
Kalau tak salah Arung Temujung bukan anak Arung Pasarai. Tapi anak Raja Sitti (Yam Tuan Perempuan)/ Yam Tuan Selangor Kedua.

Arung Temujung anak saudara kepada Arung Pasarai. Sebab Raja Sitti adik beradik dengan Arung Pasarai, dikatakan mereka berdua yang merantau ke Selangor dari Bone, Sulawesi

Selepas Selangor merdeka dari Johor dan guna sistem beraja barulah Raja Lumu menjadi Sultan Selangor pertama.
 
Last edited:
Kalau tak salah Arung Temujung bukan anak Arung Pasarai. Tapi anak Raja Sitti (Yam Tuan Perempuan)/ Yam Tuan Selangor Kedua.

Arung Temujung anak saudara kepada Arung Pasarai. Sebab Raja Sitti adik beradik dengan Arung Pasarai, dikatakan mereka berdua yang merantau ke Selangor dari Bone, Sulawesi

Selepas Selangor merdeka dari Johor dan guna sistem beraja barulah Raja Lumu menjadi Sultan Selangor pertama.
Selangor nie la ibukota melaka yg sebenarnya...bkn melaka yg kt duk ingat Kota alfamosa tu hehehe sejarah kt bnyk putar belit
 
Ni kisah mulut ka bang



Cuba kongsikan bang logiknya tu
Kisah mulut dr istana lama2.....ada ka logik melaka yg sejengkal tu boleh konker hbs satu tanah melayu smp tanah jawa...nk jd tamadun besar kena source yg besar.....tu ada ulu melaka ngn hilir melaka
 
Kisah mulut dr istana lama2.....

Kalau kisah mulut ni ada kebenarannya juga cuma tidak dibukukan sebab sejarah ditulis pihak yang menang

ada ka logik melaka yg sejengkal tu boleh konker hbs satu tanah melayu smp tanah jawa...nk jd tamadun besar kena source yg besar.....tu ada ulu melaka ngn hilir melaka

Jadi Melaka ni adalah sebuah kerajaan besar
Bolehlah dikatakan empayar
Ada bahagian hulu dan hilir nya
 
Kalau kisah mulut ni ada kebenarannya juga cuma tidak dibukukan sebab sejarah ditulis pihak yang menang



Jadi Melaka ni adalah sebuah kerajaan besar
Bolehlah dikatakan empayar
Ada bahagian hulu dan hilir nya
Dl kt kebanyakan negara kota....pastu bergabung....bnyk yg kawinkan anak angkat anak jadi raja.....mcm sejarah asal usul kerajaan srivijaya xkn la tamadun mula dr Pulau....mesti la dr tanah besar sebar ke pulau
 
Dl kt kebanyakan negara kota....pastu bergabung....bnyk yg kawinkan anak angkat anak jadi raja.....mcm sejarah asal usul kerajaan srivijaya xkn la tamadun mula dr Pulau....mesti la dr tanah besar sebar ke pulau

Kalau ikut logik nya betoi la tu bang
Kerajaan tanah besar berkembang ke ceruk-ceruk rantau dan pulau

Cuma sejarah yang ada hari ini tak begitu
 
Back
Top
Log in Register