BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ArtOfDroid sasar RM100 juta jualan

kaizeryx

Fun Poster
Messages
885
Joined
Jan 18, 2010
Messages
885
Reaction score
16
Points
25
Pasarkan aplikasi tema serta kekunci skrin bagi telefon pintar Android ke 132 negara

Pengguna Android telah meningkat daripada 27 peratus pada 2012 kepada 65 peratus pada 2013.

Ia menunjukkan peningkatan secara mendadak sebanyak 270 peratus dalam penggunaan Android sejak akhir 2011.

Penyelidikan pasaran dibuat oleh GlobalWebIndex (Gwi) di mana 170,000 responden telah ditemu bual dalam 32 pasaran yang mewakili 89 peratus daripada penduduk Internet global.

Menurut Gartner (Gartner, Inc.) sebuah firma agensi penyelidikan dan nasihat syarikat teknologi maklumat terkemuka di dunia, sistem operasi mudah alih Android akan mempunyai satu bilion pengguna menjelang akhir 2014 dan menjangkakan bilangan itu akan terus meningkat kepada 1.25 bilion pada 2015.

Kesempatan ini telah diambil oleh ArtOfDroid, sebuah pemaju aplikasi jenama tempatan yang telah menjadi rakan perniagaan Google Play Store sejak 2012.

ArtOfDroid adalah pemaju aplikasi tempatan pertama dalam menghasilkan aplikasi tema dan kunci skrin telefon pintar berasaskan Android.

Pengasas dan Ketua Pemaju Aplikasi ArtOfDroid Ridzuan Omar berkata, produk aplikasi tema dan kekunci telefon pintar Android yang dihasilkan oleh ArtOfDroid telah menembusi pasaran lebih 132 negara yang mempunyai jumlah pengguna hampir satu bilion.

Berikutan itu, pemasaran secara agresif akan dilakukan oleh ArtOfDroid hanya kepada sasaran 0.1 peratus pengguna Android di seluruh dunia dengan sasaran satu juta muat turun setiap bulan dengan anggaran keseluruhan pendapatan mencecah RM100 juta sehingga Jun 2016.

Ridzuan berkata, ArtOfDroid kini sedang mengambil langkah agresif dalam menghasilkan aplikasi tema dan kekunci skrin telefon pintar Android dengan sasaran sebanyak 600 aplikasi percuma serta berbayar yang akan berada di tapak muat turun Google Play Store sehingga Disember tahun ini dan seterusnya pertambahan pengeluaran sebanyak 100 jenis aplikasi setiap bulan.

“Dengan nilai pelaburan awal melebihi RM500 ribu bermula Januari 2012 tanpa sebarang kos promosi, kini ArtOfDroid akan mengorak langkah lebih agresif dengan pertambahan pelaburan merangkumi promosi, pemasaran secara besar-besaran di Internet serta tambahan aplikasi yang dianggarkan kos melebihi RM10 juta bagi peringkat permulaan.

“Menerusi penelitian terperinci berkaitan strategi pemasaran sejak 2012 dan situasi peningkatan mendadak penggunaan Android di seluruh dunia, kami yakin produk serta jenama ArtOfDroid akan tersenarai di Bursa Malaysia dan NASDAQ iaitu bursa saham kedua terbesar di dunia.

Beliau berkata, penggunaan aplikasi tema dan kunci skrin berasaskan Android adalah paling tinggi dan menjadi pasaran paling aktif berikutan harga pasaran bagi setiap aplikasi yang dimuat turun adalah terlalu murah.

“Setiap pelanggan akan memuat turun lebih daripada tiga aplikasi berbayar dalam tempoh sebulan dengan harga setiap aplikasi bernilai tidak kurang daripada RM3.50 (USD1).

“Kepakaran ArtOfDroid dalam reka grafik berkonsepkan 2D dan pemaju sistem aplikasi tema serta kunci skrin pertama di Malaysia juga membuka penyertaan pelabur individu atau syarikat dari dalam dan luar negara untuk bersama-sama ArtOfDroid meneroka pasaran aplikasi peranti Android seluruh dunia,” katanya.

Menurutnya, pelaburan dalam aplikasi berasaskan Android adalah paling selamat kerana aplikasi yang dihasilkan akan menjadi aset yang bernilai memandangkan pertambahan penggunaannya semakin meningkat mengikut peredaran zaman dan setiap aplikasi hanya perlu dinaik taraf selaras dengan sistem operasi yang dikeluarkan oleh peranti Android.

“Dengan pembabitan ArtOfDroid sebagai pemaju aplikasi berasaskan Android keluaran tempatan, kami mengharapkan ia dapat menaikkan nama negara di samping menjadikan Malaysia sebagai salah satu pemain utama dalam industri aplikasi peranti Android dunia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/09

Sumber: Harian Metro 9 Julai 2014

attachment.php
 

Attachments

org kuat umno ke ni? byk bebenor apps yg dia bikin utk parti
 
sila hati-hati.kami pernah mendapat report dari orang ramai mengenai ada yang cuba ambil kesempatan di atas nama ArtOfDroids ini.
 
sila hati-hati.kami pernah mendapat report dari orang ramai mengenai ada yang cuba ambil kesempatan di atas nama ArtOfDroids ini.

Diharap pihak Tuan dapat berhubung terus dengan Founder ArtOfDroid melalui email: [email protected]

*Kalau nak jumpa founder pun saya boleh arrange.
**Tuan nak contact founder sendiri pun sy boleh uruskan. Tapi mohon tuan buktikan dulu pada saya kenyataan yg tuan buat ni. Nanti periuk nasi sy pulak yg lingkup.
:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Last edited:
lama tak nampak :D apa kes pasal AOD ni? ada scam ke?

Mungkin ade yg buat keje scam tanpa pengetahuan pihak AOD. So far seperti yang saya telah sedia maklum.. AOD sedang dalam progress utk mencapai target mereka seperti apa yang tersiar didalam akhbar.

*Biasalah...benda yg boleh buat duit... semua ambil kesempatan utk scam. Adat zaman sekarang semua tunggu peluang buat duit dengan pelbagai cara tak kira halal haram.:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register