BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Artis Naim Daniel Terlibat Amang Seksual Gadis Remaja 17 tahun

6237859365562467540_121.jpg

6237859365562467541_121.jpg

6237859365562467542_121.jpg

6237859365562467543_121.jpg


Amang seksual: Naim Daniel berdepan penjara 20 tahun, sebatan

PUTRAJAYA - Penyanyi Naim Daniel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, bulan lalu.


Mengikut pertuduhan, penyanyi lagu 'Sumpah' itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berumur 17 tahun tujuh bulan, bagi tujuan seksual, di sebuah hotel pada jam 8.56 malam, 19 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.


"Ia termasuk syarat tambahan, tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan," katanya.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 18 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Minggu lalu, media melaporkan suspek ditahan polis bagi membantu siasatan kes amang seksual ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Mangsa dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja sejak tiga bulan lalu.


Sinar Harian
17 Jun 2025 11:25 am
Kredit ➡️ Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register