arethusa
Junior Member
- Messages
- 63
- Joined
- Apr 22, 2009
- Messages
- 63
- Reaction score
- 0
- Points
- 6
abaikan die, tak penting pun
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


tak kenal pun........



HONG KONG 4 Okt. - Seorang bintang pop Malaysia telah ditahan di bandar raya ini seminggu selepas dia mengaku menyerang seorang penyanyi tempatan dalam satu kejadian amuk yang telah dirakamkan.
Jurucakap polis, Lawrence Li berkata, Gary Chaw telah ditahan pada Jumaat lalu kerana menyerang dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin, sementara menunggu kes disiasat.
"Dia belum lagi didakwa dan telah diminta untuk melaporkan diri semula pada awal November ini," kata Lawrence.
Melakukan serangan ringan boleh membawa hukuman penalti maksimum iaitu penjara selama setahun di Hong Kong.
Chaw telah dirakamkan menyerang seorang penyanyi Hong Kong, Justin Lo pada 23 September lalu di luar bar di daerah pusat kewangan Hong Kong.
Rakaman yang menyaksikan Chaw menolak Justin ke lantai dan menyepaknya telah disiarkan secara dalam talian.
Chow mengaku melakukan serangan tersebut dalam satu sidang media sehari selepas rakaman itu disiarkan.
"Justin tidak menyerang saya balik, ini jelas bukan satu pergaduhan. Saya ketika itu hilang kawalan dan melakukan kesilapan yang telah menakutkan saya setiap masa.
"Saya tidak mempunyai alasan. Saya sememangnya telah melakukan kesilapan dan bersedia untuk bertanggungjawab sepenuhnya serta menerima hukuman," jelas Chow kepada wartawan dalam sidang media itu. - AP
