talibanes
Permanently Banned - Multiple ID

- Messages
- 12,991
- Joined
- Aug 18, 2011
- Messages
- 12,991
- Reaction score
- 1,852
- Points
- 191
Artis & Bazaar Ramadan
RAMADAN yang ditunggu-tunggu semakin tiba. Setiap kali menjelang Ramadan, selain memperbanyakkan amal ibadah, pasti ramai yang menanti peluang menambah pendapatan.
Begitu juga dengan golongan selebriti, mereka juga tidak ketinggalan dalam memanfaatkan kedatangan bulan yang mulia ini dengan berniaga di gerai dan bazar Ramadan.
Bukan sahaja menggunakan peluang untuk menambah pendapatan di bulan yang mulia, malah secara tidak langsung mendekatkan diri dengan peminat dan masyarakat.
Pada tahun sebelumnya, ramai selebriti berada di bazar menguruskan jualan termasuk Julia Ziegler, Zed Zaidi, Ifa Raziah dan Jamal Abdillah.
Jom kita tinjau, siapakah di antara selebriti yang bakal bersaing di bazar Ramadan pada tahun ini.
Serina Redzuwan
Fokus saya pada tahun ini masih dalam perniagaan biskut raya. Sebelum ini, saya pernah bekerjasama dengan adik saya, Chef Riz. Tapi, tahun ini saya mula bergerak sendiri dengan jenama, Serina-Simply Delicious. Semua biskut raya ini saya buat sendiri. Antaranya biskut suji, badam makmur, tat nenas, peanut chocolate chip dan chocolate orange. Untuk tempahan, layari laman Facebook saya.
Ryzal Jaafar
Ini adalah tahun pertama saya cuba kembangkan bakat dalam perniagaan. Sebagai permulaan, saya akan menjual koleksi baju Melayu secara ‘online’. Jika sambutan menggalakkan, saya akan kembangkan lagi perniagaan ini.
Ifa Raziah
Seperti tahun sudah, saya masih jual biskut raya. Tahun ini, sudah masuk tahun ke-10 dan sememangnya tempahan dari pelanggan tetap membanggakan. Kalau tahun sebelumnya, saya lebih fokus pada biskut tat nenas. Tapi, tahun ini saya buat kelainan dengan memperkenalkan biskut tat buah-buahan. Ia adalah produk terbaru saya dan alhamdulillah, ramai yang suka. Saya masih terima tempahan kek lapis betawi yang terdapat dalam dua perisa, rempah dan butter milk.
Zulkifli Zain
Tahun ini adalah tahun keempat saya usahakan bubur lambuk Bentayan dan lempeng pisang di bazar Ramadan. Lokasinya masih sama, di Wangsa Melawati. Ini adalah perniagaan keluarga yang turut diuruskan oleh anak saya. Lempeng pisang memang resipi istimewa emak saya dan bubur lambuk dari saya sendiri. Sejak mula berniaga, hampir lapan kilo pisang boleh habis sehari. Bubur lambuk pula, dijual khas untuk tempahan. Selain di bazar, kami menyediakan khidmat tempahan dan penghantaran kepada pelanggan. Kebiasaannya, ramai yang tempah untuk rumah anak yatim dan masjid.
Zur Eda
Tahun lalu, saya membuka gerai di dua tempat, Damansara Damai dan Bandar Baru Sungai Buloh. Namun pada tahun ini, saya hanya membuka gerai di Sungai Buloh. Perniagaan biskut raya, Zur Eda’s Choice, pula sudah masuk tahun ke-15. Alhamdulillah, sehingga kini biskut saya masih mendapat sambutan yang membanggakan. Saya juga turut mendapatkan tempahan secara ‘online’ untuk pelanggan yang berminat. Saya menjual tujuh jenis biskut termasuk kek kukus. Semuanya resipi turun temurun. Antara yang laris di pasaran ialah biskut Afghanistan dan Almond Suji.
Black
Tahun ini adalah tahun saya berehat. Saya akan kurangkan aktiviti seni pada bulan Ramadan ini namun saya tetap berniaga di Tapak Niaga Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi. Ini adalah tahun ketiga saya berniaga tembikai di bulan puasa. Selalunya, saya tidak keseorangan kerana ayah akan turut membantu. Kadangkala, rakan-rakan juga sudi menghulurkan bantuan. Mungkin pada puasa kedua, saya dah mula berniaga.”
Bienda
Pada puasa keenam, saya akan mula berniaga di bazar yang sama. Saya juga masih lagi fokus dalam perniagaan tudung jenama sendiri. Ini merupakan tahun keempat saya berniaga di sana. Alhamdulillah, sehingga kini, saya mempunyai pelanggan tetap dan pemborong yang membeli secara pukal. Kalau tahun sebelumnya, harga tudung dari RM10 hingga RM20. Tetapi tahun ini harganya naik sikit, antara RM15 hingga RM25. Selain tudung, saya juga ada menjual minyak wangi dari Arab.
Enot
Tahun ini, saya tak pasti lagi akan berniaga atau tidak. Semuanya masih dalam perancangan kerana kini saya sedang sibuk dengan jualan biskut raya yang telah ditempah pelanggan. Kalau tak ada aral, mungkin saya akan berniaga di Downtown Cheras pada tahun ini bersama Didie Alias. Namun, ia bergantung pada masa yang ada.
sumber