BTC USD 84,141.7 Gold USD 4,132.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Artikel: Keadilan Ilahi

hafyz1984

Active+ Member
Messages
4,790
Joined
May 26, 2011
Messages
4,790
Reaction score
696
Points
76
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada suatu ketika, Nabi Musa as bermunajat kepada Allah di Bukit Thursina. Antara munajat yang dipanjatkannya ialah, "Ya Allah, tunjukkanlah keadilan-Mu kepadaku!"

Maka Allah berkata kepada Musa as, "Jika Aku menampakkan keadilan-Ku kepadamu, engkau tak akan dapat bersabar, dan tergesa-gesa menyalahkan-Ku."

"Dengan taufiq-Mu, aku akan dapat bersabar menerima dan menyaksikan keadilan-Mu." kata Musa.

Allah berkata, "Kalau begitu, pergilah engkau ke mata air. Bersembunyilah engkau berhampiran dengannya dan saksikanlah apa yang akan terjadi."

Musa as pergi ke mata air yang ditunjukkan kepadanya. Dia naik ke atas sebuah bukit dan bersembunyi di situ.

Tidak lama kemudian datanglah seorang penunggang kuda. Dia turun dari kudanya, lalu berwuduk, dan minum air. Setelah itu dia solat dan meletakkan sebuah kantung di pinggirnya yang berisi wang seribu dinar.

Setelah selesai menunaikan solat, penunggang kuda tadi bergegas pergi dan sangat terburu-buru sehingga dia lupa, kantung miliknya tertinggal.

Tidak lama kemudian datang seorang anak kecil untuk minum air dari mata air itu. Dia melihat ada sebuah kantung. Anak kecil itu pun mengambilnya. Setelah itu, dia pun segera pergi dari tempat itu.

Setelah anak kecil itu pergi, datang seorang lelaki tua yang buta. Dla mengambil air untuk diminum, lalu wuduk dan solat.

Tak lama selepas itu, datang penunggang kuda yang ketinggalan kantungnya itu. Dia menemukan lelaki tua buta itu sedang berdiri dan akan segera pergi dari tempatnya.

Si penunggang kuda berkata, "Kamu pasti mengambil kantungku yang berisi wang di sini."

Kehairananlah lelaki tua buta itu. Lalu dia berkata, "Bagaimana aku dapat mengambil kantungmu sedangkan mataku tidak dapat melihat?"

Penunggang kuda itu berkata, "Kamu jangan berdusta. Sebab, tidak ada orang lain selain kamu."

Lelaki buta pula berkata, "Betul, saya berada di sini sendirian. Namun kamu kan tahu, mataku tidak dapat melihat."

Si penunggang kuda berkata, "Mengambil kantung itu tidak harus dengan mata, bod0h! Tetapi dengan tangan! Walaupun mata kamu tidak dapat melihat, tanganmu tetap dapat digunakan."

Akhirnya, lelaki buta itu dibunuh oleh penunggang kuda.

Setelah lelaki buta itu dibunuh, ia menggeledahnya untuk menemukan kantungnya. Namun, ia tidak menemukannya. Maka, ia pergi meninggalkan mayat lelaki buta tersebut.

Ketika Musa as melihat kejadian tersebut, dia berkata, "Ya Tuhan! Sungguh aku tidak sabar atas kejadian itu. Namun, aku yakin Engkau sangat adil. Kenapa kejadian seperti itu boleh berlaku?"

Tidak lama kemudian datanglah Jibril as dan berkata, "Allah memerintahkan ku agar menyampaikan penjelasan-Nya kepadamu. Dia menyebutkan bahawa diri-Nya sangat mengetahui perkara-perkara ghaib yang tidak engkau ketahui.

Dia menyebutkan bahawa anak kecil yang mengambil kantung si penunggang kuda itu sebenarnya sedang mengambil haknya.

Dulu, ayahnya pernah bekerja di bawah si penunggang kuda. Namun, secara zalim, dia tidak dibayar atas pekerjaan yang telah diakukannya. Jumlah yang harus dibayarkan kepada ayah anak itu adalah sejumlah wang yang ada dalam kantung itu. Adapun lelaki buta itu adalah orang yang membunuh ayah si anak kecil itu sebelum ini, iaitu sebelum lelaki tua tersebut mengalami kebutaan."

Demikianlah. Sungguh Maha Benar Allah SWT yang telah berfirman,

"Tidakkah kamu perhatikan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang melainkan Dia lah keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang melainkan Dia-lah keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih banyak melainkan Dia berada bersama mereka di mana pun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada hari Kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
(QS Al-Mujadalah: 7).

Sumber dari sini:- http://didik-hatiku.blogspot.com/2011/07/keadilan-ilahi.html
 
Last edited:
Terbaik Cerita Ni.. Allah Maha Mengetahui:D
 
teringat masa first-first kerja tak dibayar pulak. :D
 
Ye, saya juga fikir begitu... Sebab itu saya kongsi kat sini...

Allah Maha Adil.. Di kala ditimpa musibah. Ingatlah yang Dia sayangkan kita. Oleh itu kita diberi peringatan. Semoga Kita bertambah dekat denganNya. Dia rindukan hambanya yang disayangi merintih dan memohon pertolongan dariNya.:D
 
Allah Maha Adil.. Di kala ditimpa musibah. Ingatlah yang Dia sayangkan kita. Oleh itu kita diberi peringatan. Semoga Kita bertambah dekat denganNya. Dia rindukan hambanya yang disayangi merintih dan memohon pertolongan dariNya.:D

Thanks.... Such a nice sharing...
 
Back
Top
Log in Register