BTC USD 83,952.1 Gold USD 4,290.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ARTHUR 'Saya silap'

jutawan4u

Permanently Banned - Multiple Accounts
Messages
124
Joined
Apr 12, 2007
Messages
124
Reaction score
0
Points
10
james01_1484707253.jpg
Dua penyanyi popular ini pernah berselisih faham selepas James Arthur mengkritik kumpulan One Direction di media sosial beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, Arthur dilaporkan sudah berdamai dengan anggota One Direction, Louis Tomlinson apabila kedua-duanya bernaung di bawah syarikat rakaman sama.


The Mirror UK melaporkan pemenang X Factor 2012 itu ada menghubungi Tomlinson bagi menyelesaikan perselisihan faham di antara mereka malah turut merancang untuk berkolaborasi.

“Kami banyak berbincang mengenai penghasilkan lagu. Saya sudah mengirim Tomlinson beberapa lagu apabila tahu dia mencari material baru.

“Sebelum itu, kami berhubung menerusi telefon untuk menyelesaikan masalah di antara kami.

“Menerusi perbualan kami, Tomlinson sedar saya bukan seperti yang difikirkannya,” katanya.

Ujar Arthur lagi, pada 2013, dia cuba berdamai dengan penyanyi itu selepas mereka saling bertikam lidah di media sosial.

“Sebelum ini, kami pernah beberapa kali berbual. Saya mengakui kesilapan diri dan memberitahunya saya tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata sedemikian,” katanya.

Dilarang memandu

Dalam perkembangan lain, Arthur tidak dibenarkan memandu selama enam bulan selepas gagal membayar saman yang dikeluarkan polis pada 13 Jun 2016.

Penyanyi Say You Won’t Let Go itu turut diarahkan mahkamah membayar denda £2,000 (RM9,500) serta bayaran guaman £255 (RM1,200).

Pada hari kejadian, kamera litar tertutup merakamkan penyanyi berusia 28 itu memandu kereta Mercedez-Benz miliknya dengan laju di Hanger Lane, London.

Selain itu, Arthur turut mempunyai empat kesalahan sama sejak dua tahun lalu.

http://www.**************/2017/01/arthur-saya-silap.html
 
Back
Top
Log in Register