Jika anda rasa kisah Arsenal hijack Eze ini paling epik, anda harus baca kisat Petit. Eh apasal aku pakai bahasa anda ni.
Pada tahun 1997, Emmanuel Petit tiba di kota London untuk menandatangani kontrak dengan Tottenham Hotspur.
Bekas bintang Monaco itu sudah bertemu dengan pengerusi Spurs, Alan Sugar. Dan segalanya sudah disepakati secara verbal tinggal dokumentasi akhir untuk ditandatangani sahaja.
Malah, pihak Spurs malah siap menempah taksi untuk membawa Petit ke hotel bagi melengkapkan urusan perpindahan.
Namun berlaku plot twist. Arsenal, yang ketika itu diuruskan Wenger datang menghijack perpindahan itu. Wenger yang berasal dari Perancis macam Petit adalah bekas pengurus pemain itu ketika di Monaco.
Wenger juga sangat rapat dengan Petit. Dan dia memujuk pemain itu menyertainya.
Apa yang terjadi? Teksi yang dibayar oleh Spurs itu sendiri telah digunakan Petit untuk pergi ke rumah Wenger! Bukannya ke hotel yang dimaksudkan Tottenham.
Di sana, Wenger dan David Dein (naib pengerusi Arsenal ketika itu) bertemu Petit secara bersemuka.
Hanya dalam rundingan singkat, Arsenal mencapai kesepakatan dengan Petit dan terus memeterai perjanjian dengan Monaco untuk perpindahan £3.5 juta.
Yang lebih kelakar, Petit sendiri mengaku masa tu dia tak tahu betapa besarnya permusuhan antara Arsenal dan Spurs. Jika dia tahu, dia mungkin berfikir lebih panjang untuk mengkhianati Spurs.
Namun Petit akui itu adalah keputusan yang tepat. Kerana dia memilih kelab lebih besar. Dan pada musim pertama dia di Highbury terus memenangi ‘Double’ (EPL & FA Cup), sebelum setahun kemudian menjulang Piala Dunia 1998 bersama Perancis.
Bagi peminat Arsenal, kisah ini dianggap salah satu “hijack transfer” paling epik dalam sejarah bola sepak England — Spurs bayar tambang teksi, Arsenal dapat pemain.
Axello Riise