BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Arsenal kempunan tewaskan 10 pemain Chelsea

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

1764645178947.png

1764645239412.png

Arsenal sedia bedil Chelsea di Stamford Bridge​

3356728.webp

Arteta (kanan) sudah mempunyai rancangan alternatif untuk menundukkan Chelsea di Stamford Bridge tengah malam ini. - Foto: Agensi

PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal menerima tonik penting menjelang kunjungan ke Stamford Bridge apabila Mikel Arteta mengesahkan perkembangan positif dua penyerang utama, Viktor Gyokeres dan Kai Havertz yang semakin hampir kembali beraksi.

Selama beberapa perlawanan, Arsenal terpaksa beroperasi tanpa penyerang tulen yang memaksa Arteta mengubah pelan permainan.

Mikel Merino menjadi opsyen sementara dengan sumbangan dua gol ketika menewaskan Slavia Praha, namun Arteta mengakui kehadiran semula jentera serangan sebenar amat diperlukan untuk berdepan Chelsea tengah malam ini.

“Kami masih ada masa lagi. Kita lihat bagaimana perkembangan semua pemain.

“Viktor dan Kai sudah tunjuk perkembangan positif dan sekarang kami hanya tunggu dan lihat,” ujar Arteta.

Selain Gyokeres dan Havertz, Arsenal turut memantau kondisi Leandro Trossard selepas pemain itu dikeluarkan ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich.

Arteta bagaimanapun percaya kecederaan tersebut tidak membimbangkan.

Gabriel Jesus juga menunjukkan perkembangan memberangsangkan selepas beraksi dalam perlawanan tertutup bagi memulihkan rentak permainan.

“Kami perlu melihat Gabi kerana dia sudah lama berehat.

“Penting untuk tahu bagaimana lututnya bertindak balas,” ujar Arteta.

Apa pun keputusan di Stamford Bridge, ia tidak mengubah kedudukan The Gunners selaku pendahulu EPL.
 

Arsenal kempunan tewaskan 10 pemain Chelsea​

3357200.webp

Arsenal dan Chelsea terikat 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge. FOTO: AFP

BEKAS penyerang Arsenal, Theo Walcott mengakui The Gunners mungkin berasa ralat kerana gagal menewaskan Chelsea yang beraksi dengan 10 pemain, namun percaya keputusan seri 1-1 di Stamford Bridge itu tetap satu keputusan yang positif.

Dalam aksi tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad, skuad kendalian Mikel Arteta terikat seri menentang The Blues biarpun tuan rumah kehilangan perancang utama, Moises Caicedo yang dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama akibat kekasarannya terhadap Mikel Merino.

Biarpun beraksi kekurangan pemain, Chelsea mengejutkan pelawat apabila Trevoh Chalobah menanduk masuk gol pembukaan hasil sepakan penjuru, sekali gus meletakkan tekanan kepada pendahulu liga itu untuk bangkit.

Mikel Merino berjaya menyamakan kedudukan buat Arsenal dari jarak dekat, namun biarpun memiliki kelebihan lebih 30 minit untuk memburu gol kemenangan, benteng Chelsea kental bertahan sehingga wisel penamat.

"Bermain menentang 10 orang, anda pasti kecewa jika tidak meraih kemenangan kerana kelebihan memihak kepada anda.

"Namun, mereka (Arsenal) pasti akan menerima keputusan ini jika ditanya pada awal permainan.

"Jangan nafikan apa yang Arsenal telah lakukan setakat ini. Ya, ada sedikit kekecewaan kerana gagal melebarkan jurang mata, tetapi keputusan ini tidak akan menjejaskan misi kejuaraan mereka.

"Chelsea adalah pencabar terdekat ketika ini dan Arsenal berjaya mengekalkan jarak mata tersebut," katanya kepada Sky Sports.

Keputusan seri itu menyaksikan Chelsea kekal enam mata di belakang Arsenal selaku pendahulu liga. Pencabar terdekat kini adalah Manchester City yang merapatkan jurang kepada lima mata selepas kemenangan lewat ke atas Leeds United.
 
Back
Top
Log in Register