BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Armstrong pijak tanah bulan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
WASHINGTON - Imej mengagumkan yang menunjukkan angkasawan Neil Armstrong mendarat di bulan 40 tahun lalu disiarkan buat pertama kali oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan milik Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Klip selama 50 saat itu menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo II dari sisi kanan.

Dia kemudian melangkah buat pertama kali di bulan.

Armstrong kemudian mengungkapkan ayat yang menjadi antara paling popular di dunia iaitu: "Itu merupakan satu langkah kecil untuk seorang lelaki...satu langkah gergasi untuk umat manusia."

Namun, sebelum Armstrong yang kini berumur 78 tahun membuat langkah bersejarah itu, dia berbual dengan bilik kawalan menerusi radio bagi memberitahu jaraknya dengan bulan.

Bilik kawalan NASA kemudian berkata: "Okey Neil (Armstrong), kami kini boleh melihat anda turun dari tangga."

Armstrong melangkah kaki di permukaan bulan pada 21 Julai 1969. - Agensi
 
Lepas 40 tahun tuh x der ker manusia jejak ker bulan lagi..:-?
 
penipuan ni..
dorang nak berlagak hero...:))
 
boleh mintak tolong orang pandai agama,bulan ni terletak di langit ke berapa?langit ke 7 ker?pernah dengar ..belum ada sesiapa lagi yang mampu sampai ke langit ke 7.
 
boleh mintak tolong orang pandai agama,bulan ni terletak di langit ke berapa?langit ke 7 ker?pernah dengar ..belum ada sesiapa lagi yang mampu sampai ke langit ke 7.

uikksss......langit nih ada tingkat ker?

baper tingkat langit ada aaa..........
 
Back
Top
Log in Register