wanzex
CG Top Poster Club

- Messages
- 35,552
- Joined
- Jul 12, 2006
- Messages
- 35,552
- Reaction score
- 1,107
- Points
- 191
PRETORIA: Argentina yang bebas kecederaan kini berada pada tahap lebih baik berbanding Nigeria menjelang perlawanan pembukaan antara kedua-dua pasukan Kumpulan B itu Sabtu depan, kata pemain pertahanan tengah, Martin Demichelis.
Kami mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki pasukan lain, kata Demichelis akhbar di kem pasukan yang terletak di kompleks sukan Universiti Pretoria.
Kami tidak dicemari kecederaan dan itu memberi keyakinan kepada pegawai kejurulatihan untuk menuntut persembahan maksimum daripada kami.
Saya yakin dalam beberapa hari yang tinggal ini, kami akan ke sana pada prestasi terbaik. Kejohanan akan bermula pada Jumaat ini tetapi beberapa pasukan diselubungi masalah kecederaan pemain, termasuk John Mikel Obi dari Nigeria.
Menurut Demichelis, pasukan-pasukan lain bermain terlalu banyak perlawanan persahabatan. Bagi Argentina, keputusan jurulatih, Diego Maradona untuk ke Afrika Selatan lebih awal dan menumpukan perhatian kepada latihan adalah faktor yang membawa kepada kelebihan mereka sekarang.
Diego pening memikirkan pemain mana yang akan dipilih, manakala Nigeria hanya diselubungi keraguan, kata Demichelis merujuk kepada prestasi keseluruhan skuad negaranya.
Skuad Argentina sebelum itu berlatih di hadapan 3,000 penyokong setia dan peminat tempatan dengan kesemua pemain menghadiri sesi latihan. Penyerang, Diego Milito tampak pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali manakala pemain pertahanan, Ariel Grace yang cedera di lutut, juga kembali cergas. Reuters