BTC USD 85,386.0 Gold USD 4,301.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arb.com.my dijamin oleh kerajaan

semua tak yakin..lupakan ajela..buang karan aje..jom²..pi sembahyang JUmaat wei..dok saff depan :)
 
hehe, terkejut juga dengar Amanah raya Berhad boleh beri 5% sebulan... thats mean a lot..untuk setahun.. anyway, ARB bukanlah syarikat yang menguruskan pelaburan, mereka adalah syarikat yang lebih kepada penjamin atau pengurusan wasiat..

so.. I believe 5% monthly is wrong.. maybe 5% per annum

ASB pun bagi 7% per year and plus bonus (1% , if you already invest more than 10 years)..

anyway, unit trust still a good investment vehicles..

:D
 
Helo! Kawan-kawan,

Saya orang baru register dalam forum ini. Saya telah ikuti semua posts untuk thread:"Arb.com.my 5% sebulan dijamin kerajaan". Dibawah ini saya copy/paste email saya bertarikh 25.05.2007 tempohari kepada:
MOHD RAZI BIN MOHAMAD YUNUS,
Pengurus/Peguam Syarikat
Unit Amanah, Jabatan Perundangan

Maklumat ini boleh 'clear the dark cloud'.

Jadi Dividen 5% dimaksudkan ialah kiraan bulanan dari setahun bukannya 5% sebulan.

Harap ini boleh membantu.
========================================================
copy/paste email:
Antara faedah tabungan amanah bersama Amanah Raya Berhad (ARB) adalah:-

1. Dividen adalah pada kadar 5.0% pada kiraan bulanan;
2. simpanan pokok adalah dijamin selamat oleh kerajaan Malaysia dan
tidak akan berkurangan atas sebab apa sekalipun;
3. ARB adalah syarikat yang kekal dan mampu memegang Amanah selamanya;

Sekian. Terima kasih.

MOHD RAZI BIN MOHAMAD YUNUS
Manager/Company Solicitor,
Trust Unit, Legal Department
Direct Line: +603-20557600


-----Original Message-----
From: Mohd Ismail Kalandar Mastan [mailto:[email protected]]
Sent: Friday, May 25, 2007 12:10 AM
To: MOHD RAZI BIN MOHAMAD YUNUS
Subject: Balasan:

Assalamualakum!

Terima kasih atas penjelasan anda.
Soalan nya: apakah dividen bonus tahunan atau
lain-lain keistimewaan jika ada.

Terima kasih.

ismailrio

====================================================
--- MOHD RAZI BIN MOHAMAD YUNUS <[email protected]>
wrote:

>
[http://my.f379.mail.yahoo.com/ym/Upload?Data=upl659152053]
>
> Encik Ismail,
>
> Berikut adalah maklumat ringkas berkenaan perkara
> tersebut di atas:-
>
>
> 1. Amanah Safecare
>
> Akaun amanah yang dibuka oleh individu berumur 18
> tahun ke atas dengan modal berbentuk tunai minima
> RM10,000.00. Akaun ini boleh dibuka untuk
> kepentingan mana-mana individu terutama kepada
> anak-anak selain ibubapa, isteri, adik beradik dan
> sebagainya.
>
>
>
> Dari segi pengeluaran wang Amanah, penderma boleh
> memilih terma pengeluaran seperti berikut:-
>
> i) setelah anak-anak mencapai usia 18 atau 21 tahun;
>
> ii) setelah penderma meninggal dunia;
>
> iii) apa-apa tempoh menurut kehendak penderma.
>
>
>
> Pembukaan akaun Amanah ini dikenakan fee penerimaan
> seperti berikut:-
> i) 1.25% ke atas RM500,000.00 pertama
> ii) 1.00% ke atas RM500,000.00 berikutnya
> iii) 0.50% ke atas baki selebihnya
>
>
> Selain itu terdapat fee seperti
> berikut:-
>
> i) Fee pengeluaran pada kadar:-
> -setahun dan kurang - 1.00%
> -lebih setahun dan kurang dua tahun - 0.50%
> -lebih daripada dua tahun - 0.00%
>
>
>
> ii) Fee pendapatan sebayak 3.0%
> atas pendapatan (dividend)
>
> iii) Fee guaman RM200.00 bagi setiap
> suratikatan amanah
>
>
>
> 1. Amanah Biasa
> Akaun Amanah biasa terbuka kepada semua individu
> mahupun badan korporat, persatuan, jawatankuasa dan
> sebagainya. Manakala harta Amanah boleh diterima
> dalam bentuk tunai (minimum RM2,000.00) mahupun
> harta tak alih (immovable property). Terma-terma dan
> syarat-syarat surat ikatan Amanah bergantung kepada
> hasrat dan tujuan Penderma.
>
>
> Pembukaan akaun Amanah ini dikenakan fee penerimaan
> seperti berikut:-
> 2.5% ke atas RM250,000.00 pertama
> 2.0% ke atas RM250,000.00 berikutnya
> 1.0% ke atas RM 500,000.00 berikutnya
> 0.5% ke atas baki selebihnya
>
> Bagi akaun Amanah yang dibuka dan diuruskan bagi
> tempoh SATU (1) TAHUN ATAU KURANG tanpa
> mengambilkira puncanya hendaklah mengenakan fee
> seperti berikut:-
> 1.5% ke atas RM250,000.00 pertama
> 1.0% ke atas RM250,000.00 berikutnya
> 0.50% ke atas RM 500,000.00 berikutnya
> 0.125% ke atas baki selebihnya
>
>
> Selain itu terdapat fee seperti berikut:-
>
> i) Fee pengeluaran pada kadar
> 1.00% atas nilai harta Amanah yang dikeluarkan
>
> ii) Fee pendapatan sebanyak:-
>
> - 3.0% atas pendapatan tunai (dividend)
>
> - 5.0% atas pendapatan dari hasil harta tak
> alih
>
> iii) Fee guaman RM200.00 bagi setiap
> suratikatan amanah
>
>
> 1. Amanah Hartanah
> Akaun Amanah biasa terbuka kepada semua individu
> mahupun badan korporat, persatuan, jawatankuasa dan
> sebagainya. Manakala harta Amanah adalah dalam
> bentuk harta tak alih (immovable property).
> Terma-terma dan syarat-syarat surat ikatan Amanah
> bergantung kepada hasrat dan tujuan Penderma.
>
> Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi
> penandatangan dibawah.
>
> Sekian, terima kasih,
>
> MOHD RAZI BIN MOHAMAD YUNUS
> Pengurus/Peguam Syarikat
> Unit Amanah, Jabatan Perundangan
> Tel : +60320557600
> Fax: +60320789235
>
>
>
>
 
Sepatutnya kerajaan dah buat plan pelaburan yang boleh memberikan pulangan melebihi 5% sebulan..takde ler rakyat buat pelaburan haram. Dah ler minyak naik, barang naik,semuanya naik tapi bayar untung kepada pelabur makin kurang.
 
Hai geng,SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN...Good Luck
 
tak sangka aku baca sampai 5 page
last skali 5% setahun ler
apehal diorang cakap 5% sebulan ?
tak gi skolah ker
lain kali cakap biar terang

dah dah, close thread ni
 
tak sangka aku baca sampai 5 page
last skali 5% setahun ler
apehal diorang cakap 5% sebulan ?
tak gi skolah ker
lain kali cakap biar terang

dah dah, close thread ni

tak perlu nak perlekehkan org sampai kata "tak pergi sekolah" kat sini kite share info dan klu ada salah sama2 betulkan.. bukan kondem org...
 
Back
Top
Log in Register