BTC USD 80,882.6 Gold USD 4,382.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arb.com.my dijamin oleh kerajaan

boleh caya ker nie:)cgrock:)cgrock

Helo! Kawan-kawan,

Saya orang baru register dalam forum ini. Saya telah ikuti semua posts untuk thread:"Arb.com.my 5% sebulan dijamin kerajaan". Dibawah ini saya copy/paste email saya bertarikh 25.05.2007 tempohari kepada:
MOHD RAZI BIN MOHAMAD YUNUS,
Pengurus/Peguam Syarikat
Unit Amanah, Jabatan Perundangan

Maklumat ini boleh 'clear the dark cloud'.

Jadi Dividen 5% dimaksudkan ialah kiraan bulanan dari setahun bukannya 5% sebulan.

Harap ini boleh membantu.
================================================== ======
copy/paste email:
Antara faedah tabungan amanah bersama Amanah Raya Berhad (ARB) adalah:-

1. Dividen adalah pada kadar 5.0% pada kiraan bulanan;
2. simpanan pokok adalah dijamin selamat oleh kerajaan Malaysia dan
tidak akan berkurangan atas sebab apa sekalipun;
3. ARB adalah syarikat yang kekal dan mampu memegang Amanah selamanya;

Sekian. Terima kasih.

MOHD RAZI BIN MOHAMAD YUNUS
Manager/Company Solicitor,
Trust Unit, Legal Department
Direct Line: +603-20557600


-----Original Message-----
From: Mohd Ismail Kalandar Mastan [mailto:[email protected]]
Sent: Friday, May 25, 2007 12:10 AM
To: MOHD RAZI BIN MOHAMAD YUNUS
Subject: Balasan:

Assalamualakum!

Terima kasih atas penjelasan anda.
Soalan nya: apakah dividen bonus tahunan atau
lain-lain keistimewaan jika ada.

Terima kasih.

ismailrio

================================================== ==
--- MOHD RAZI BIN MOHAMAD YUNUS <[email protected]>
wrote:

>
[http://my.f379.mail.yahoo.com/ym/Upl...=upl659152053]
>
> Encik Ismail,
>
> Berikut adalah maklumat ringkas berkenaan perkara
> tersebut di atas:-
>
>
> 1. Amanah Safecare
>
> Akaun amanah yang dibuka oleh individu berumur 18
> tahun ke atas dengan modal berbentuk tunai minima
> RM10,000.00. Akaun ini boleh dibuka untuk
> kepentingan mana-mana individu terutama kepada
> anak-anak selain ibubapa, isteri, adik beradik dan
> sebagainya.
>
>
>
> Dari segi pengeluaran wang Amanah, penderma boleh
> memilih terma pengeluaran seperti berikut:-
>
> i) setelah anak-anak mencapai usia 18 atau 21 tahun;
>
> ii) setelah penderma meninggal dunia;
>
> iii) apa-apa tempoh menurut kehendak penderma.
>
>
>
> Pembukaan akaun Amanah ini dikenakan fee penerimaan
> seperti berikut:-
> i) 1.25% ke atas RM500,000.00 pertama
> ii) 1.00% ke atas RM500,000.00 berikutnya
> iii) 0.50% ke atas baki selebihnya
>
>
> Selain itu terdapat fee seperti
> berikut:-
>
> i) Fee pengeluaran pada kadar:-
> -setahun dan kurang - 1.00%
> -lebih setahun dan kurang dua tahun - 0.50%
> -lebih daripada dua tahun - 0.00%
>
>
>
> ii) Fee pendapatan sebayak 3.0%
> atas pendapatan (dividend)
>
> iii) Fee guaman RM200.00 bagi setiap
> suratikatan amanah
>
>
>
> 1. Amanah Biasa
> Akaun Amanah biasa terbuka kepada semua individu
> mahupun badan korporat, persatuan, jawatankuasa dan
> sebagainya. Manakala harta Amanah boleh diterima
> dalam bentuk tunai (minimum RM2,000.00) mahupun
> harta tak alih (immovable property). Terma-terma dan
> syarat-syarat surat ikatan Amanah bergantung kepada
> hasrat dan tujuan Penderma.
>
>
> Pembukaan akaun Amanah ini dikenakan fee penerimaan
> seperti berikut:-
> 2.5% ke atas RM250,000.00 pertama
> 2.0% ke atas RM250,000.00 berikutnya
> 1.0% ke atas RM 500,000.00 berikutnya
> 0.5% ke atas baki selebihnya
>
> Bagi akaun Amanah yang dibuka dan diuruskan bagi
> tempoh SATU (1) TAHUN ATAU KURANG tanpa
> mengambilkira puncanya hendaklah mengenakan fee
> seperti berikut:-
> 1.5% ke atas RM250,000.00 pertama
> 1.0% ke atas RM250,000.00 berikutnya
> 0.50% ke atas RM 500,000.00 berikutnya
> 0.125% ke atas baki selebihnya
>
>
> Selain itu terdapat fee seperti berikut:-
>
> i) Fee pengeluaran pada kadar
> 1.00% atas nilai harta Amanah yang dikeluarkan
>
> ii) Fee pendapatan sebanyak:-
>
> - 3.0% atas pendapatan tunai (dividend)
>
> - 5.0% atas pendapatan dari hasil harta tak
> alih
>
> iii) Fee guaman RM200.00 bagi setiap
> suratikatan amanah
>
>
> 1. Amanah Hartanah
> Akaun Amanah biasa terbuka kepada semua individu
> mahupun badan korporat, persatuan, jawatankuasa dan
> sebagainya. Manakala harta Amanah adalah dalam
> bentuk harta tak alih (immovable property).
> Terma-terma dan syarat-syarat surat ikatan Amanah
> bergantung kepada hasrat dan tujuan Penderma.
>
> Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi
> penandatangan dibawah.
>
> Sekian, terima kasih,
>
> MOHD RAZI BIN MOHAMAD YUNUS
> Pengurus/Peguam Syarikat
> Unit Amanah, Jabatan Perundangan
> Tel : +60320557600
> Fax: +60320789235
>
>
>
>

orang dah x berapa berminat nak tahu....amanah raya ni, rase2 nye pnting jgk kan...:-?
 
Back
Top
Log in Register