Article Discussion : Arak: Kawanku mati, kawanku dihukum

CG Sponsors




rebellion

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 3, 2010
Messages
16,078
Reaction score
54
Points
135
IMG_20200602_121107_246-696x392.jpg

image: harakahdaily.net

UNTUK yang belum tahu, di Gujerat, India, sebuah negeri yang pernah diperintah oleh Narendra Modi, Perdana Menteri India sekarang,
mengamalkan dasar pengharaman penjualan arak secara menyeluruh semenjak merdeka. Negeri itu dikuasai sepenuhnya oleh Hindu.
Pernah terjadi tragedi pemusnahan Masjid Babri di sana sekitar tahun 1992. Pernah rakan saya dari Gujerat ini yang tidak tahu menahu
pasal arak, membeli arak dikirim orang di ‘duty free’ dan dia ditertawakan penjual kerana bertanya bila tarikh luput arak itu.

Tidak di negeri-negeri lain di India. Selatan Negara India berbeza. Negeri-negeri seperti Tamil Nadhu, Chennai, Kerala, memberikan
kelonggaran penjualan arak secara terbuka. Mungkin ada sedikit pengawalan iaitu masa penjualan dan berapa banyak yang boleh dibeli.
Tetapi ketagihan di sana meningkat. Selepas PKP baru-baru ini, saya dimaklumkan orang ramai di Selatan India ini, beratur berkilometer untuk membeli arak.

Ada yang membawa bersama isteri bagi mendapatkan giliran membeli kerana seorang tidak dibenarkan membeli secara pukal.
Kenaikan jumlah peminum baharu dari kalangan remaja juga bertambah. Ahli politik pada kebiasaannya menguasai jualan.
Jadi lojiknya, duit yang diterima hasil keuntungan arak itu, adalah pendapatan mereka. Maka, agak mustahil untuk jualan arak dihentikan di Selatan India.
Kes sosial jangan cakaplah.

drunk-driver.jpg

image: mole.my

Manakala di Dubai pula, dimaklumkan ia agak bebas, walaupun dengan peraturan yang ketat. Dubai seperti yang ramai sedia maklum,
mengamalkan dasar yang terbuka dengan banyak pusat hiburan yang dibenarkan beroperasi. Pelancongan menjadi antara tarikan wang
bagi negeri mereka, walaupun minyak dan gas adalah sumber utama. Ia juga menjadi pusat ekonomi.
Apabila ramai pakar-pakar luar bukan-Islam tinggal di sana, maka arak akan menjadi keperluan.

Berlainan dengan Qatar. Negara ini mengamalkan dasar yang ketat berkenaan arak. Sesiapa yang mahu membeli arak, perlu memohon
lesen dari Kerajaan dan ia bukan untuk semua. Pusat jualan juga amat terhad. Lesen itu hanya boleh dikongsi dengan isteri sahaja, tidak dengan
kawan-kawan. Jika terdapat jualan bukan kepada orang yang berlesen, maka tindakan akan diambil. Kalau berniat untuk mengadakan jamuan
yang ada bersama minuman keras, lebih baik dilupakan kerana mungkin anda akan dihantar terus pulang balik ke negara asal sebaik sahaja
selesai menjalani hukuman penjara.

Tiga orang rakan sekerja saya, Kristian berasal dari Filipina, beberapa tahun lalu telah pergi dari tempat penginapan kami di al-Khor,
menuju ke Doha ke rumah salah seorang dari mereka, dijemput oleh rakan di Doha itu. Kira-kira 70km. Mereka duduk beberapa jam di
Doha dan menikmati minuman keras di sana. Tuan rumah mempunyai lesen membeli arak.

Sudah agak lewat, mereka pulang kembali ke al-Khor dengan dihantar oleh tuan rumah kerana mahu masuk kerja awal pagi. Pertengahan jalan,
kereta mereka terbabas dan mengalami kemalangan. Dua daripada mereka yang tinggal di al-Khor, meninggal di tempat kejadian. Pemandu pula
tidak mengalami apa-apa yang serius. Apabila diperiksa polis, beliau disahkan mabuk.

Urusan mayat hanya diselesaikan setelah beberapa hari dan dihantar ke Filipina. Pemandu tadi dijatuhkan hukuman penjara kerana memandu dalam
keadaan mabuk. Beliau juga dikenakan hukuman bayar denda iaitu diyat atau dipanggil ‘blood money’ sebanyak 200 ribu Riyal seorang kepada ahli
keluarga mangsa. Hanya keluarga mangsa sahaja yang boleh memaafkan pesalah bagi hukuman ‘blood money’ itu. Difahamkan, keluarga mangsa memaafkan
pesalah itu. Setelah beberapa tahun, dia keluar penjara, dibuang kerja dan pulang ke Filipina.

Tetapi apa yang menjadi bualan dari kalangan bukan-Islam pada waktu itu ialah ‘blood money’ itu sungguh mengesankan mereka. Kata mereka cara ini sangat
adil kerana keluarga menerima duit dan dapat meneruskan kehidupan setelah orang tersayang meninggal dunia. Berbanding dengan kutipan denda oleh Kerajaan
yang tidak mendapat manafaat apapun kepada keluarga mangsa. Dan pesalah juga tidak terlalu lama dipenjarakan, boleh mencari kerja lain.

Semua orang menjadi takut. Takut dibuang kerja, takut dikenakan hukuman penjara, takut terpaksa membayar ratusan ribu Riyal jika keluarga mangsa
tidak mahu memaafkan mereka. Tapi semua ketakutan ini, jika digabungkan duduk di bawah satu ketakutan, ia lebih bermakna iaitu ‘takut’ kepada Allah,
maka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Takut kepada Allah itu takwa. Orang bertakwa tidak akan melakukan dosa sama ada terang atau tersembunyi.
Semoga diberikan hidayah bagi mereka yang melihat kebenaran Islam ini.

MOHD NASIR ABDULLAH
2 Jun 2020 – HARAKAHDAILY 2/6/2020
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,402
Reaction score
1,928
Points
206
masa PKP di india siapa keluar beratur nak beli arak kena sesah dengan rotan polis.
memang deme pun tahu takdenya elok lepas teguk arak ni.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register