BasicCX
Super Active Member
- Messages
- 6,223
- Joined
- Sep 8, 2008
- Messages
- 6,223
- Reaction score
- 172
- Points
- 73
Arab Saudi minta nasihat Thaksin
GAMBAR yang disiarkan di laman Facebook menunjukkan Thaksin (dua dari kiri) menemui pegawai-pegawai Arab Saudi di Riyadh pada 12 April lalu.
BANGKOK - Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dipercayai berada di sebuah negara di Pasifik Selatan selepas beliau mengunjungi Arab Saudi pada 10 hingga 12 April lalu atas undangan seorang putera diraja negara berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Thaksin yang dikehendaki pihak berkuasa di Thailand untuk dimasukkan ke sebuah penjara selama dua tahun atas kesalahan rasuah, melawat Jeddah dan Riyadh dengan menaiki sebuah jet peribadinya sebelum berlepas ke negara Asean. Beliau bermalam dua hari di Arab Saudi sebelum berlepas ke sebuah negara di Pasifik Selatan.
Chavanont tidak mendedahkan identiti negara Pasifik Selatan itu.
Dalam satu panggilan video telefon ke Bangkok baru-baru ini, Thaksin menjelaskan lawatannya ke Arab Saudi adalah atas jemputan seorang anggota diraja Arab Saudi yang mahu beliau turut serta dalam projek pembinaan sebuah bandar baru berdekatan Mekah dan mewujudkan satu pusat pertanian dekat Riyadh.
Pada 12 Januari lalu, akhbar Bangkok Post melaporkan Arab Saudi mengundang Thaksin untuk memantau projek bandar baru mega seluas 288 kilometer persegi yang dijangka siap dalam tempoh 15 tahun.
Dalam laman Facebook Thaksin, beliau mendedahkan gambar yang menunjukkannya menemui beberapa pegawai kerajaan di Arab Saudi pada 12 April lalu.
Thaksin digulingkan oleh junta tentera menerusi satu rampasan kuasa pada Disember 2006.
Penyokong-penyokongnya yang kini berhimpun di Bangkok bagi mendesak satu pilihan raya baru telah bertindak ganas apabila bertempur dengan pihak berkuasa pada Sabtu lalu dengan mengakibatkan 23 orang terbunuh. - Agensi