BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Apple Sedang Bangunkan Integrasi Google Gemini Pada Apple Intelligence

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Apple pada tahun lepas telah mengumumkan Apple Intelligence, iaitu sokongan kecerdasan buatan yang diintegrasikan terus pada pelbagai peranti keluaran Apple. Ketika pengenalan, Apple sekadar mengumumkan integrasi bersama ChatGPT, dan ketika itu, mereka turut memberikan petanda bakal menawarkan integrasi bersama pihak-pihak lain, termasuk Google.

iPhone-16-Suntingan-Amanz-Nirtakuk--950x534.webp


Kini, melalui kod awal yang dilihat pada sistem operasi iOS, Apple dilihat telah mula mengintegrasikan beberapa kod awal memberikan petanda integrasi Google Gemini. Buat masa ini, pihak Apple sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan dengan hal ini, dan lebih dilihat pada integrasi kod sahaja. Perkara ini juga tidak memberikan sebarang petanda kita akan melihatnya dalam masa terdekat – apatah lagi dengan pelbagai cabaran dan penangguhan yang dialami Apple dalam arena kecerdasan buatan ini.
 
Back
Top
Log in Register