BTC USD 77,508.4 Gold USD 4,393.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple, Google, Microsoft & Mozilla Selarikan Piawaian Pelayar Web

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Apple, Google, Microsoft dan Mozilla masing-masing mempunyai penawaran pelayar web tersendiri yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Namun, terdapat masalah dari segi menyelarikan pembangunan pemalam untuk semua pelayar web berkenaan – membuatkan sesetengah pelayar web hanya ditawarkan untuk sesuatu pelayar web sahaja.

Pelayar-Web-950x534.jpg.webp

Sebagai contoh, ada terdapat pemalam yang ditawarkan untuk Chrome, tetapi tidak terdapat pada Safari dan Firefox, dan begitu juga sebaliknya. Dalam usaha untuk memudahkan pengguna, kini mereka membentuk sebuah kumpulan kerjasama, dinamakan sebagai WebExtensions Community Group (WECG) – bertujuan untuk selarikan pembangunan dan piawaian pemalam untuk pelayar web.

Dengan langkah ini, ia akan menawarkan model yang konsisten untuk pembangunan – sekaligus memudahkan untuk pembangun menawarkan pemalam mereka bagi semua pelayar web dengan mudah. Selain daripada piawaian pemalam web ini, kesemua ahli akan kekal menawarkan pelayar web masing-masing seperti biasa menggunakan teknologi dan enjin yang selesa untuk mereka – seperti pada hari ini.

Kita mungkin mendengar lanjut, termasuk integrasi teknologi ini dalam masa beberapa bulan lagi.
 
Back
Top
Log in Register