BTC USD 84,204.3 Gold USD 4,270.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Fifth Avenue

Salam,

Michael Scotfield dah kaji ke benda nie?
betul ke hina Islam??? :-?

Aku sekadar bertanya, tetapi apa yg aku kaji sikit,
nie yg aku dapat...

http://www.news.com/8301-10784_3-6061531-7.html

Petikan:

"tu gamba cube tgh modified n dibaiki,
gamba asal yang dh siap dibawah ni, dia cume cube apple utk papar logo apple.

apple tak pernah panggil benda tu Apple 'mecca' .. cuma media massa english namakan sebab perkataan mecca jadi standard dlm bahasa english sbg lambangkan pusat/ tempat perhatian/ tempat ramai orang..."

retailfifthavegallary1qt0.jpg


retailfifthavegallary2if5.jpg


retailfifthavegallary6cg9.jpg


Maklumat dari forum:
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/plugins/forum

==================================

Siapa decribe kedai tu sebagai "Apple Mecca",?

Jom tgk kat sini

http://www.apple.com/retail/

Apple panggil kedai tu Fifth Avenue je.
select state= New York, takde pun nama Apple Mecca,
yang ada Fifth Avenue.

Bagi aku, steve job tu takde la bodoh sangat nak buat kedai kalau kedai dia insult ramai potential customer.

Tapi aku respect idea dia terutama sekali dalam rekabentuk produk & juga reka bentuk kedai.

cuba tengok kedai dia bila dah siap

http://www.apple.com/retail/fifthavenue/gallery/

kreatif tak kedai dia? insulted tak muslim dengan design dia tu?

siapa pernah terfikir untuk buat kedai bawah tanah, tapi nampak kaca berbinkai je kat atas.

Fikir-fikir dan kaji. :-?

P/S - Aku hanya mengkaji apa yang perlu, jika salah aku perlukan teguran ikhlas.

Terima kasih.

terima kaseh utk penjelasan. gmbr ni dah lama dan ada org suka gembar gembur benda yg bukan2. SO aku seru, stop la forward2 email mcm ni. memalukan umat islam je

kita sbg umat ISLAM banyak lg isu nak pikir. hal palestin pun tak setel2 lg. moga ISLAM semakin kuat dan teguh. AMIN
 
bro razif1224 dah pun bg penerangan.... udah2 la... salah sangka... banyak lagi benda yang org kafir duk rancang kite ikut...
 
hanya manusia yang membina nya dan Allah Ta'ala sahaja yang tahu apakah niatnya, samada menghina islam/sebaliknya
 
jgn cepat sangka buruk....jauhkan la perasaan tu ye...

jgn jadi PHD...
 
sangka buruk tu kekadang bagus juga utk bersiap sedia dgn org2 kafir ni...jgn mudah terlena dgn apa yg d buat oleh org2 kafir coz kekadang nampak baik but nawaitunya amat buruk sekali
 
Well done razif1224. Aku suka orang yang buat kajian dulu tentang sesuatu perkara sebelum melakukan tindakan.

Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah Al-Hujurat: 6)

Jangan anggap menyebarkan cerita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Sebab fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kadang-kadang, kita perlu muhasabah diri sendiri, adakah dengan mengutuk sahaja dapat mengubah keadaan sesuatu. Adakah cukup usaha kita untuk memberi kekuatan kepada Islam. Bak kata pepatah, adakah kita seperti ayam, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi?

Sempena Ramadhan, renung-renungkan. Wallahu a'lam.
 
dah settle & penjelasan yg bagus...elok mod closed jerk thread nie...:)
 
Back
Top
Log in Register