BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple diarah bayar RM2.59 bilion

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
apple.jpg.transformed_0.jpg

New York: Apple Inc perlu membayar lebih AS$625 juta (RM2.59 bilion) kepada VirnetX Holding Corp kerana menggunakan teknologi keselamatan Internet yang dipatenkan tanpa kebenaran dalam FaceTime dan iMessage

Juri Persekutuan di Tyler, Texas, membuat keputusan itu hari ini selepas perbicaraan bermula pada 25 Januari lalu dan memutuskan pelanggaran hak paten oleh Apple itu disengajakan

Keputusan itu dikatakan tidak memberi ancaman kepada Apple yang dilaporkan pada Januari lalu, mempunyai kecairan tunai AS$ 216 bilion (RM895.17 bilion) namun jumlah yang perlu dibayar itu amat tinggi untuk kes membabitkan paten

Apple dalam kenyataannya memberitahu akan membuat rayuan serta berkata: “Kami terkejut dan kecewa dengan keputusan itu

"Kes-kes seperti ini mengukuhkan fakta keperluan yang mendesak untuk pembaharuan prosedur paten."

VirnetX, syarikat berpangkalan di Nevada, Amerika Syarikat, yang kebanyakan pendapatannya hasil pelesenan paten, menyaman pembuat iPhone itu pada 2010 kerana Apple menggunakan rangkaian persendirian maya dan pautan komunikasi dalam sidang video FaceTime

Pada November 2012, juri yang memutuskan Apple menyalah guna empat paten VirnetX untuk iPhone, iPod Touch dan iPad serta komputer Mac mengarahkan Apple membayar ganti rugi AS$368.2mil (RM1.526 bilion)

Pada Mei 2010, VirnetX memenangi penyelesaian sebanyak AS$200 juta (RM828.86 juta) daripada Microsoft Corp untuk teknologi VPN
 
kurang sikit je dari NAJIB dapat derma
 
untung dh byk.. byr je la.. huhu
 
Tumpang tanya. Apa teknologi keselamatan internet yg dimaksudkan tu? face security ke apa?
 
Back
Top
Log in Register