am kurizawa
Active+ Member
- Messages
- 2,708
- Joined
- Jul 4, 2009
- Messages
- 2,708
- Reaction score
- 15
- Points
- 25
PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam melancarkan aplikasi myKPDNKK bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat serta perkhidmatan yang disediakan kementerian dengan mudah dan cepat.
Aplikasi yang merupakan inisiatif kementerian dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbir dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) itu menawarkan enam modul perkhidmatan kepada orang ramai.
Modul-modul itu ialah Modul Pengguna, Modul Peniaga, Modul Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Modul Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Modul Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Modul Price Watch.
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, aplikasi tersebut boleh dimuat turun menggunakan telefon pintar dan komputer tablet yang mempunyai aplikasi App Store dan Google Play dengan percuma.
Katanya, aplikasi myKPDN- KK ini dibangunkan bagi memudahkan orang ramai mencapai maklumat dan perkhidmatan yang disediakan kementerian dengan mudah, cepat dan selesa pada bila-bila masa dan di mana sahaja.-kosmo