BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aplikasi Jodoh Darul Iman Sedang Di Bangunkan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Aplikasi Jodoh Darul Iman Sedang Di Bangunkan - Memudahkan Rakyat Terengganu Mencari Jodoh;

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu kini berkongsi sedang membangunkan sebuah aplikasi bersama Top IT, dinamakan Jodoh Darul Iman. Aplikasi ini direka khusus untuk memudahkan rakyat Terengganu dalam mencari jodoh secara percuma.

Jodoh-Darul-Iman-950x634.jpg.webp


Aplikasi ini telah dibangunkan sekitar 98%, dan mungkin dilancarkan dalam masa terdekat ini. Aplikasi ini dijangka ditawarkan secara percuma kepada pengguna. Ia dijangka pelaksanaan aplikasi ini akan membantu masyarakat setempat di Terengganu dalam menemui calon jodoh, disamping membina hubungan yang baik – terutamanya di negeri tersebut. Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan perkembangan dan pelancaran aplikasi ini secara rasminya dalam masa terdekat ini.​
 

Pengenalan​

Aplikasi ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada golongan yang belum berkahwin untuk mendapatkan jodoh dengan mudah dan bersesuaian secara maya.

https://jodohdaruliman.com/

Tujuan​


  1. Memberi peluang kepada golongan yang belum berkahwin untuk mendapatkan jodoh dengan mudah.
  2. Menolong golongan yang berkeinginan untuk berkahwin bagi mendapatkan pilihan calon yang memenuhi kriteria kedua belah
  3. Mencipta suasana yang selesa diantara generasi muda yang ingin memulakan penghidupan

Syarat Penyertaan​

  1. Rakyat Negeri Terengganu lelaki mahupun perempuan yang berumur 21 tahun dan ke atas
  2. Rakyat Negeri Terengganu yang belum berkahwin atau ibu / bapa tunggal yang berhasrat mencari jodoh
  3. Bagi yang belum berkahwin, perkahwinan adalah untuk kali pertama sahaja dan bukan untuk tujuan berpoligami
  4. Ibu Tunggal atau Bapa Tunggal dalam kalangan rakyat negeri Terengganu sahaja boleh menyertai aplikasi ini dan berminat mencari jodoh.
 
Aplikasi Jodoh Darul Iman Untuk Individu ‘Single’ Sahaja, Bukan Platform Poligami

07.11.2024 - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sedang membangunkan aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’ bagi membantu rakyat negeri itu mencari pasangan. Perkara itu dimaklumkan YPKT menerusi satu hantaran di platform Facebook mengenai pelaksanaan aplikasi berkenaan. Menerusi hantaran itu, aplikasi jodoh berkenaan dikatakan sudah hampir siap sepenuhnya. Aplikasi Jodoh Darul Iman dibangunkan oleh Top IT Industries Sdn Bhd dan direka khusus untuk membantu rakyat Terengganu mencari pasangan secara percuma.

“Pada 3 November lalu, satu taklimat mengenai pelaksanaan program aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’ diadakan di Bilik Mesyuarat 2 di YPKT. Taklimat ini bertujuan untuk melihat perkembangan terkini aplikasi tersebut yang kini sudah mencapai tahap antara 97 hingga 98 peratus siap. Aplikasi ini direka khusus untuk memudahkan rakyat Terengganu dalam mencari jodoh secara percuma dan dalam taklimat terbabit, pelbagai penambahbaikan telah dibincangkan bagi memastikan aplikasi ini berfungsi dengan lebih baik dan memenuhi keperluan pengguna. Dengan pelaksanaan aplikasi ini, diharapkan dapat membantu masyarakat Terengganu dalam membina hubungan yang lebih baik dan mengukuhkan institusi keluarga di negeri ini,” kata YPKT menerusi hantaran itu.

Sementara itu, menerusi portal rasmi YPKT memaklumkan aplikasi itu diwujudkan untuk memberi peluang kepada golongan yang belum berkahwin untuk mendapatkan jodoh dengan mudah dan bersesuaian secara maya. Terdapat beberapa syarat yang ditetapkan iaitu pemohon adalah rakyat Terengganu yang berumur 21 tahun dan ke atas dan pengguna yang mahu mencari jodoh mestilah individu yang belum berkahwin atau ibu/bapa tunggal yang berhasrat mencari jodoh. Selain itu, bagi pengguna yang belum berkahwin, mereka hanya boleh menggunakan aplikasi itu untuk perkahwinan kali pertama sahaja dan bukan untuk tujuan berpoligami.
1730977987799.png
 
Back
Top
Log in Register