BTC USD 81,880.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Aplikasi Android Percuma Untuk Semak Jalan Banjir

Zulhilmi Zainudin

Junior Member
Messages
58
Joined
Jul 13, 2012
Messages
58
Reaction score
9
Points
11
k2u2nuL.jpg


Saya berasa amat tersentuh sekali melihat nasib saudara-saudara kita yang diuji bencana banjir pada tahun ini.

Sungguh hebat ujian Dia kepada kita semua kali ini.

Mereka diuji dengan musibah. Kita pula diuji dengan sejauh mana bantuan yang kita mampu hulurkan. Atau sekadar melihat dan berkata "nasib baik tak kena dekat aku".

Saya kagum melihat ramai dalam kalangan rakan-rakan & teman-teman saya yang memberhentikan serta merta urusan kerja dan bisnes buat sementara waktu demi mahu mengumpul dana bagi menghantar bantuan ke kawasan terjejas.

Pelbagai bentuk usaha yang sebelum ini tidak pernah saya terfikir, dibuat secara spontan dan berjemaah.

Kalau nak diikutkan hati kecil ini, mahu saja saya sertai misi ke sana dan membanting keringat bersama.

Dalam situasi getir di mana banyak jalan-jalan utama tidak boleh dilalui dan dinaiki air seperti ini, saya rasa terpanggil untuk turut serta dari jauh.

Biarpun tidak secara fizikal di sana, moga-moga ia boleh membantu sedikit sebanyak.

Saya baru cipta sebuah aplikasi ringkas untuk memudahkan tuan khususnya jika tuan menyertai misi bantuan banjir kali ini untuk memudahkan tuan menyemak jalan-jalan yang dinaiki air dan ditutup.

Tuan boleh download di sini:
==> bit.ly/JalanBanjir

Mungkin dengan aplikasi kecil ini boleh membantu tuan merancang perjalanan menghantar bantuan dengan lebih pantas berbanding sebelum ini.

Dan, mungkin dengan aplikasi tidak seberapa ini;

- Boleh bantu driver bas ekspress untuk rancang trip bas yang dipandu dan bawa penumpang dengan lebih tenang.

- Boleh bantu driver lori untuk sampai bawa barang keperluan asas lebih cepat dan mengenyangkan saudara-saudara kita yang kelaparan dalam kesejukan.

- Boleh bantu pelajar universiti yang tak dapat balik ke kampus kerana banjir untuk ambil final exam rancang perjalanan pulang mereka dengan selamat.

- Boleh bantu anak-anak di ibu kota yang nak pulang ke kampung di Pantai Timur berjumpa mak & ayah.

Saya mendoakan segala urusan tuan dalam perjalanan misi menghantar bantuan banjir dipermudahkan.

Hanya ini yang termampu saya lakukan buat masa ini. Semoga Allah redha dan meringankan soalan "apa yang dah kau buat?" bagi saya.

-

Adakalanya, berhenti sebentar daripada menjadi seorang keyboard warrior dan berfikir sejenak bentuk bantuan apakah yang boleh kita hulurkan adalah lebih membahagiakan.
 
bagus, tujuan pun bagus, semoga berguna untuk semua
 
Satu lgkah proaktif yg harus dipuji.
Syabas.
 
Back
Top
Log in Register