BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Api sambar adik, motosikal

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
TELUK INTAN: Gara-gara bermain mancis berhampiran motosikal milik keluarga yang baru dibeli tidak sampai sebulan lalu, seorang kanak-kanak dan bapanya melecur di beberapa anggota badan selepas motosikal dan sebahagian rumah mereka terbakar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, Mohammad Hafizi Abdul Halim, 14, mengisi petrol dari botol plastik ke dalam tangki motosikal jenis Yamaha SS110 berhampiran rumahnya di Lorong 3A, Sungai Manik, dekat sini, manakala tiga adiknya bermain berhampiran.

Mohammad Hafizi berkata, ketika itu, seorang adiknya, Abdul Hadi, 8, dikatakan bermain mancis.

“Saya sedang menuang minyak dalam tangki motosikal dan ia tertumpah sedikit ke lantai. Tiba-tiba api daripada mancis yang dinyalakan adik menyambar minyak petrol itu.

“Dalam sekelip mata api itu menyambar botol plastik yang saya pegang serta tangki minyak motosikal. Dalam keadaan panik saya mencampakkan botol plastik tetapi sudah terlambat kerana api sudah menyambar motosikal.

“Abdul Hadi turut disambar api, manakala dua lagi adik saya terselamat. Saya terus berlari ke dalam rumah sambil memimpin tangan adik dan menjerit meminta pertolongan daripada ayah yang bekerja di sawah di belakang rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu Abdul Halim Abd Rahman, 45, berkata, dia melihat asap hitam menjulang tinggi dari arah hadapan rumahnya disusuli jeritan anaknya meminta pertolongan.

“Saya bergegas lari dan sebaik tiba, saya melihat sebahagian anjung rumah terbakar dan saya terus mengambil air cuba untuk memadam kebakaran yang turut memusnahkan sebuah mesin basuh dan dua basikal.

“Ketika cuba memadam kebakaran, api menyambar muka saya menyebabkan pipi kiri melecur. Dengan bantuan beberapa penduduk kampung, api dapat dipadamkan daripada merebak ke seluruh rumah,” katanya.

Menurutnya, dia dan Abdul Hadi yang melecur di kaki menerima rawatan pesakit luar di Hospital Teluk Intan (HTI).

Meskipun mengalami kerugian termasuk motosikal yang baru dibeli tidak sampai sebulan lalu terbakar, Abdul Halim bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.
 
ish..ish.. ada ke padam api yang menyala sebab minyak guna air, mmg la lg merebak
 
kesian .. moto baru lagi .. pastu padam ngan air.. secara tergesa-gesa itu saja cara yang mampu..
 
kisah nie mcm lawak gak.....time nak isi minyak tu time tulah main mancis...
 
adoi..sedih nya..moto baru tu
 
ish..ish.. ada ke padam api yang menyala sebab minyak guna air, mmg la lg merebak

sepatotnyer setiap umah kene ade pemadam api mini untuk kecemasan camniela..
 
benda-benda yang merbahaya perlu diletakkan ditempat yang selamat..tidak gini la jadinya...nasib baik semua just luka..uhuhuhu
 
Back
Top
Log in Register