BTC USD 83,058.1 Gold USD 4,132.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ape hukum bace bible?

Baca tapi jangan sampai tukar akidah

Jangan ikut konsep trinity,islam tiada Tuhan melainkan Allah

Allah tiada anak dan tak boleh akidah sama dengan kristian

ikut konsep tauhid sebagaimana nabi Isa as sendiri berserah diri kpd Allah swt.

"Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah
kamu melampaui batas dalam perkara agama
kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu
terhadap Allah melainkan yang benar;
sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu
hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah
yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan
(ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka
berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-
rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan:
"(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada
mengatakan yang demikian), supaya menjadi
kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah
Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah
daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah
segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang
Mentadbirkan sekalian makhlukNya)."

( An-Nisaa' 4:171 )

Wallahu a'lam
 
Pada pemahaman saya hukum baca bible harus jika kita ni seorang yg hafiz quran. faham semua yg dinyatakan quran. dan membaca untuk tujuan kajian.

jika kita bukan pakar dalam quran, quran sendiri pun kita banyk lagi nak belajar, pada pemahaman saya haram kita baca bible sebab mungkin boleh menyebabkan kita terpecaya dgn bible dan mengikut ajarannya.

ini hanya pada pemahaman saya dan tidak semestinya betul..
 
xsalah bg ak kalo nak baca bible ni tapi jgn sampai terpesong akidah sudah la.

p/s:kalo pergi bercuti kat sabah, dan tinggal di promenade apartments, kat sini hmpir tiap bilik diorg ade sediakn bible. ak ada try gak la baca. huhu
 
Pada pemahaman saya hukum baca bible harus jika kita ni seorang yg hafiz quran. faham semua yg dinyatakan quran. dan membaca untuk tujuan kajian.

jika kita bukan pakar dalam quran, quran sendiri pun kita banyk lagi nak belajar, pada pemahaman saya haram kita baca bible sebab mungkin boleh menyebabkan kita terpecaya dgn bible dan mengikut ajarannya.

ini hanya pada pemahaman saya dan tidak semestinya betul..

harus difahami al Quran siap dengan terjemahan sekali sebelum buka bible.. ini kerana jika kita x buat begitu tambahan masih meragui kebenaran al Quran.. pasti mudah gugurnya iman.
 
Back
Top
Log in Register