Dalam architecture sistem komputer, terdapat beberapa perkara yang biasanya kite tak amik kesah pon, sebagai contoh ialah 'data bus', benda ni adalah 'jalan raya', secara dasarnya ianya menghubungkan memory (contoh RAM) kepada keseluruhan sistem komputer termasuklah Processor, (benda ni lak benda yang 'berfikir / mengira / memproses)
'jalan raya' ni digunakan untuk memindahkan data dalam komputer, dalam sistem 32 bit, size jalan raya adalah selebar 32 bit...dan 64 bit ni pulak sekali ganda dari 32 bit tu la...kira 32 bit tu jalan kampung, dan 64 bit tu lak kategori jalan highway la...jadi sistem 64 bit ni mampu menampung jumlah lebih banyak kereta / lori / bas / beca / traktor / dan ikut suka korang la...compare dengan jalan kampung yang boleh muat baper bijik keter je...dalam masa y sama...dengan kebolehan jalan raya yang mampu menampung begitu banyak kenderaan dalam satu masa...menunjukkan sistem lalu lintas 'data bus' atau jalan raya yang lebih laju...namun...hanya utk beberapa perkara atau pekerjaan memproses je la...baru nampak beza laju ke tak sesuatu proses tu..kalau takat main solitaire atau surfing..mmg takkan rasa beza sistem 32 bit ngan 64 bit ni...cube test wat graphic kaw kaw atau wat kira2 saintifik...baru nampak beza...
Pencipta CPU telah mencipta processor 64 Bit yang lebih laju, dan lebih sejuk bagi menampung jumlah lalu lintas yang banyak, dan sekarang ni..kite telah pon terdengar multi core processor macam dual core...walau korang ade sebijik processor, tapi kerja memproses data atau maklumat (kereta2 / lori2 ni) dapat dilakukan secara serentak 2 kali lebih laju..macam 2 bijik processor dalam komputer korang, dan terdapat jugak beberapa terma lain dalam processor..y mana mungkin hanya manusia berkarma lebih tinggi dari kite paham akan terma2 tersebut...aku pon tak tau ape lagi ade dalam processor..
kalau korang ade set PC y bersistemkan 64 Bit, tetapi korang hanya install OS 32 Bit..jadi, jalan2 raya dalam sistem akan menggunakan hanya jalan kampung, maknanye balance kelebaran jalan raya tersebut tidak digunakan...jadi kalau nak menggunakan maksimum size kelebaran highway dalam komputer korang...korang kene la install OS 64 Bit jugak...
dan...kalau korang tahu atau tak...kalau korang pasang 16GB RAM dalam windows XP 32 Bit korang skali pon...windows XP hanya detect dan hanya gune maksimum 3.5GB sahaja...dan kalau tak silap..selain disebut 32 Bit, ade jugak menyebut 'i386'...ini adalah term y menggambarkan architecture sistem tu sendiri...dan kalau sitem komputer korang tu adalah 64 Bit...maka korang boleh la install RAM sebanyak yang OS tu support...sebagai contoh korang install Windows Server 2003 Datacenter edition, korang boleh install sehingga 512 GB of RAM..! ye 512GB tapi kalau windows server 2003 standard edition..hanya boleh support max 4GB sahaja...
dan..kalau korang sedar..mengapa bile antivirus detect virus 'w32'...ini adalah identifier virus...virus jenis ni hanya menyerang sistem windows 32 Bit..y mana w(indows) 32(Bit)...jadi virus camni takkan menyerang sistem windows 64 Bit...
huh...kalau tak paham..korang boleh la tanye ok...~