BTC USD 84,250.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~..Apakah Sebenarnya CINTA..?

K.E.Y..kuchi

Active+ Member
Messages
3,354
Paid Membership
Joined
Jul 14, 2009
Messages
3,354
Reaction score
8
Points
25
KEPADA YANG TETANYA-TANYA APA ITU CINTA..AKU USULKAN INI KEPADA ANDA..


Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

TETAPI

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian,
ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian,
ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian, itulah namanya CINTA

​


p/s : kepada yang tidak berapa memahami apa itu erti cinta terhadap pasangan..:p
 
pesal ni bro..hang jatuh cinta ka..:D:D:D

p/s : best ke becinta ni..:-?:-?
 
cinta means pengorbanan..

x sanggup berkorban jgn bercinta
 
cinta means pengorbanan..

x sanggup berkorban jgn bercinta

betul ke kalau nak ber cinta kena pengorbanan..
buat nye sedap2 ber cinta ..
br korban dah bnyk..
kawin ngan orang lain..

:)):)):)):))
 
betul ke kalau nak ber cinta kena pengorbanan..
buat nye sedap2 ber cinta ..
br korban dah bnyk..
kawin ngan orang lain..

:)):)):)):))

itu dah masuk bab ikhlas dalam bercinta..kite mule step by step k
 
Ohh chenta...:))
terigt pada kata2 pujangga Nur....
Apabila kamu sanggup menerima Cinta..
maka kamu juga sanggup diLukakan....:p
 
Back
Top
Log in Register