MASTER ZEKAMAN
Active+ Member
- Messages
- 4,231
- Joined
- Sep 16, 2008
- Messages
- 4,231
- Reaction score
- 51
- Points
- 30
tak tahu la dah ada ke tak thread nih.....~X(
huh...
lagi ker...
Restoran kebas RM26j
KUALA LUMPUR: Dengan memperkenalkan pelaburan berkonsepkan ‘makan dan untung’, sebuah restoran terkenal didakwa melesapkan kira-kira RM26 juta hasil pelaburan 17,000 ahlinya sejak awal tahun lalu.
Berkonsepkan skim pelaburan piramid, restoran yang mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang itu menawarkan beberapa pakej pelaburan bermula dengan pakej emas serendah RM3,000 hingga platinum bernilai RM33,000 seunit.
Namun, penipuannya terbongkar apabila ada antara pelabur membuat laporan polis selepas tidak mendapat keuntungan yang dijanjikan sejak Jun lalu.
Seorang mangsa yang dikenali sebagai Lim, 30, berkata dia kini berputih mata apabila pelaburannya RM144,960 lesap berikutan gagal mendapat pulangan selepas enam bulan melabur.
“Saya diperkenalkan dengan pelaburan berkonsepkan kad prabayar itu melalui seorang kawan. Ia dikatakan memberi keuntungan bukan saja berbentuk mata bonus yang boleh ditukar untuk makan dan minum di restoran itu, malah mendapat pulangan bulanan mencecah ribuan ringgit.
“Tertarik dengan ganjarannya, saya dan 14 ahli keluarga termasuk saudara-mara melaburkan wang dalam pakej platinum dan emas secara berperingkat. Ini kerana mereka mendakwa pelaburan ini sah dari segi undang-undang,” katanya.
Lim berkata, keuntungan itu dipanggil ganjaran iklan bulanan dan dia sekeluarga hanya menerimanya beberapa bulan pertama sebelum pengurusan restoran itu memberi pelbagai alasan dan mengelak diri daripada bertemu pelabur.
Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Magen, 41, berkata dia kerugian RM36,100 wang simpanannya apabila tertarik dengan skim yang diiklankan di sebuah akhbar tempatan.
“Dengan dijanjikan keuntungan bulanan RM1,500 sehingga lima tahun, tanpa ragu saya melaburkan wang simpanan dan hanya menerima pulangan untuk enam bulan pertama.
“Selepas itu, tiada sebarang berita mengenai pelaburan terbabit hingga diberitahu seorang kawan restoran itu mengalami kerugian,” katanya ketika dihubungi semalam.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata 62 mangsa datang ke pejabatnya membuat aduan mengenai penipuan itu dengan 25 laporan polis dibuat di sekitar Lembah Klang.
“Berdasarkan aduan, skim terbabit mempunyai 17,000 ahli yang dijanjikan pulangan bulanan lumayan tetap berbentuk wang, komisen dan baucar makanan sejak ia mula beroperasi awal tahun lalu.
“Mangsa perlu melabur RM3,000 hingga RM150,000 bagi melayakkan mereka mendapat pulangan dengan konsep lebih besar pelaburan, lebih banyak keuntungan,” katanya di sini, semalam.
Namun, mangsa hanya menerima pulangan pada peringkat awal pelaburan dan menyedari ditipu apabila syarikat itu tiba-tiba menghentikan pembayaran keuntungan yang dijanjikan sejak Jun lalu.
“Kami mengadakan beberapa pertemuan dengan pengurusan restoran itu bersama pelabur, namun mereka gagal mencapai jalan penyelesaiannya. Kini, kami bekerjasama dengan polis bagi menyiasat dakwaan mangsa,” katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghani mengesahkan menerima laporan dan menyerahkan kes terbabit kepada Bank Negara Malaysia untuk siasatan selanjutnya.
huh...
