BTC USD 82,612.9 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apakah makna "Alif Lam Mim"?

PurpleRangers

Active Member
Messages
2,175
Joined
Jan 10, 2012
Messages
2,175
Reaction score
6
Points
25
Salam semua cgrians. Saya nak tanya ni, apakah maksud yang tersirat di dalam Alif Lam Mim?. Adakah berdosa kalau kita sebagai manusia untuk merungkainya?.
 
wallahu 'alam. terima seadanya, tak perlulah merungkaikannya, kerana hanya Allah yang mengetahui.

p/s: mari sama2 kita sibukkan diri dengan amalan2 kita sebelum ajal menjelma tak lama lagi :).
 
wallahu 'alam. terima seadanya, tak perlulah merungkaikannya, kerana hanya Allah yang mengetahui.

p/s: mari sama2 kita sibukkan diri dengan amalan2 kita sebelum ajal menjelma tak lama lagi :).

setuju... boleh closed thread ni sebelum melalut
 
wallahu 'alam. terima seadanya, tak perlulah merungkaikannya, kerana hanya Allah yang mengetahui.

p/s: mari sama2 kita sibukkan diri dengan amalan2 kita sebelum ajal menjelma tak lama lagi :).

betul...hanya Allah je yg tau apa maksudnye...
 

Alif Lam Mim dikenali dengan gelaran Muqatta’at atau dalam istilah bahasa Melayunya membawa maksud ‘yang dipendekkan’. Terdapat pula beberapa gelaran lain seperti fawatih yang membawa maksud ‘pembuka’. Samaada gelaran Muqatta’at atau fawatih, ia adalah bersandarkan kepada sifatnya dalam al-Quran. Alif Lam Mim merupakan permulaan bagi enam surah iaitu surah al-Baqarah, surah Ali-Imran, surah al-Ankabuut, surah ar-Ruum, surah Luqman dan surah as-Sajdah.

quranic_initial_letters_en.png
Antara Muqatta'at yang digunakan dalam surah-surah di dalam Al-Quran.


Ayat Mutasyabihat

Persoalan maksud ayat Alif Lam Mim terdapat banyak kekhilafan di kalangan ulama tafsir. Berkata sesetengah ulama seperti Amir Syu’bi, Sufyan As-Tsauri dan beberapa ulama hadis yang lain, ia adalah merupakan rahsia Allah di dalam al-Quran dan bagi Allah swt hanya DIA yang maha mengetahui akan maknanya. Alif Lam Mim dan seumpama dengannya termasuk di dalam ayat-ayat Mutasyabihat iaitu perkara-perkara yang tidak diketahui maknanya.



Allah swt sahaja yang mengetahuinya dan tidak wajib kita bercakap berkenaan maksud atau maknya. Akan tetapi wajib bagi kita beriman kepadanya. Adalah menjadi kemestiaan untuk kita membaca sebagaimana yang dibawa kepada kita iaitu dalam lengok Quraisy. Ini adalah kerana Rasulullah menggunakan lengok Quraisy. Inilah pendapat Abu Bakar As-Siddiq ra dan Ali bin Abi Talib ra.



Tidak perlu ditafsir mahupun dihuraikan

Berkata Abu Al-Lais As-Samarkhandi dari Umar, Uthman dan Ibnu Mas’ud bahawa mereka itu iaitu Umar, Uthman dan Ibnu Mas’ud berkata ayat yang disebut di dalam Al-Quran itu adalah merupakan perkara yang tersembunyi yang tidak perlu ditafsirkan dan dihuraikan.

Oleh yang demikian, ramai di kalangan ulama apabila sampai kepada ayat seperti ini, mereka akan meletakkan “WaAllahualam” yang membawa maksud “Tidak mengetahuinya melainkan Allah swt jua”. Sebagai hamba-Nya, kita tidak tahu apakah makna dan tujuannya dan Allah swt sahaja yang mengetahuinya.



Diperbolehkan untuk ditafsir mahupun dihuraikan

Sesetengah ulama lain berpendapat, diperbolehkan untuk menghuraikan ayat-ayat ini. Berkenaan dengan tafsiran tersebut, berlaku beberapa pendapat dan kekhilafan di kalangan mereka. Satu golongan ulama berpendapat bahawa Alif Lam Mim yang biasa disebut pada permulaan surah ini termasuk huruf permulaan bagi nama Allah swt.



Berkata setengah ulama antaranya Khutrub dan Al-Qurra yang dimaksudkan ialah menunjukkan kepada huruf Hija’iah yang diketahui oleh orang Arab di mana Al-Quran diturunkan oleh Allah swt di dalam bahasa Arab.

Berkata setengah ulama yang lain pula, huruf-huruf ini merujuk kepada permulaan kepada beberapa nama. Ada ulama yang mengatakan sedemikian, antaranya:



:::: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas dan lain-lainnya- Alif Lam Mim berasal daripada perkataan Allah untuk Alif, Jibrail untuk Lam dan Muhammad untuk Mim.



:::: Adajuga yang mengatakan Alif itu pembuka kepada nama Allah, Lam daripada nama Latif dan Mim pembuka kepada nama-Nya, Mujid. Samaada Allah, Latif dan Mujid kesemua ini adalah salah satu daripada nama Allah swt.



:::: Riwayat daripada Dhaha daripada Innu Abbas, Alif Lam Mim maknanya “Ana Allahu Alim” yang membawa maksud “Akulah Allah yang Maha Mengetahui”.



:::: Ulama seperti Zaid bin Aslam mengatakan ayat Alif Lam Mim adalah nama-nama bagi surah dalam Al-Quran.



:::: Ulama seperti Al-Kalbi mengatakan ia adalah sumpah di mana Allah swt bersumpah dengannya. Allah swt menyebut nama-nama dengan hanya menyebut huruf.

Tafsir yang diusahakan oleh beberapa ulama ini menunjukkan bahawa ayat Alif Lam Mim mempunyai makna dan maksud yang tersendiri. Namun bergitu, pendapat yang terang dan selamat ialah ayat Alif Lam Mim mahupun ayat-ayat ‘pendek’ lain seumpama dengannya adalah pengetahuan milik Allah swt dan Allah swt sahajalah yang mengetahuinya. Pendapat inilah banyak dipegang oleh ulama-ulama tafsir seluruh dunia


Wallahualam.......

ada maksud lain Qiam dalam Solat = Alip tu.
 
rasanya tak slh kalau tt nk explore
tp sy cdngkn bkn disini
baiknya tt jmpa org yg betul2 arif dlm tafsir quran
slalu stp mggu mesti ade skali blaja tafsir quran di masjid atau surau

tu rasa yg seelok2nya

pandngan sy tak seberapa...
 
Tidak perlu ditafsir mahupun dihuraikan.............Wallahualam.......
 
takdala berdosa..tapi kalu orang awam macam kita ni yang nak merungkainya sia2 je rasanya..memang x berpenghujung..
 
rasanya tak slh kalau tt nk explore
tp sy cdngkn bkn disini
baiknya tt jmpa org yg betul2 arif dlm tafsir quran
slalu stp mggu mesti ade skali blaja tafsir quran di masjid atau surau

tu rasa yg seelok2nya

pandngan sy tak seberapa...

setuju. :)cgrock:)cgrock
 
rasanya tak slh kalau tt nk explore
tp sy cdngkn bkn disini
baiknya tt jmpa org yg betul2 arif dlm tafsir quran
slalu stp mggu mesti ade skali blaja tafsir quran di masjid atau surau

tu rasa yg seelok2nya

pandngan sy tak seberapa...

tapi kebanyakkan akan mengatakan Alif Lam Mim ini tidak membawa apa apa makna...

p/s - Al-quran itu mukjizat yang ditinggalkan Nabi Muhammad S.A.W , permulaan Ayat surah Al-Baqarah adalah ALIF LAM MIM, jika main switch ini tidak dibuka mana mungkin switch switch lain di dalam kitab suci itu dapat dibuka..... saya sendiri belum dapat tahu lagi huraian tersebut.Saidina Othman ambil masa 10 tahun untuk habiskan surah al-baqarah.
 
Back
Top
Log in Register