Anjing Neraka tu bermaksud Khawarij,orang yg melawan nabi...tak nak ikut hadith/sunnah nabi...yg ikut cara,sunnah,hadith insyaallah selamat...
“Akan keluar dari tulang sulbi keturunan lelaki ini satu kaum yang muda usianya tetapi ***** caranya berfikir, perkataan yang keluar daripada lisan mereka adalah perkataan-perkataan wahyu (Al-Quran), tetapi perkataan mereka itu tidak lepas dari kerongkong mereka (mereka tidak memahami apa yang mereka bacakan), shalat kamu jika dibandingkan dengan mereka, shalat mereka lebih baik. Puasa kamu jika dibandingkan dengan mereka, puasa mereka lebih baik, mereka akan keluar daripada agama seperti mana keluarnya panah daripada busurnya.”
Di dalam hadis lain Nabi menyebut tentang mereka, kata Abu Umamah Al-Bahiliy RA di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, ketika orang membawa kepala puak-puak Al-Azariqah (salah satu cabang daripada golongan Khawarij), dibunuh mereka ini kerana Nabi memerintahkan supaya mereka dibunuh. Kepala-kepala mereka dibawa dan diletakkan, Abu Umamah Al-Bahiliy sahabat Nabi melihat kepala-kepala mereka dan dia menangis, lantas dia berkata, “Anjing-anjing neraka, anjing-anjing neraka, anjing-anjing neraka!”
Sahabat Nabi bertanya kepada Abu Umamah, mengapa engkau mengatakan mereka ini anjing neraka? Adakah ini dari pendapatmu sendiri atau perkataan yang engkau dengar daripada Rasulullah SAW? Jawab Abu Umamah, “Sekiranya aku mengatakannya atas dasar pendapatku sendiri, maka sesungguhnya terlalu berani aku ini. Tetapi ketahuilah bahawa perkataan tersebut telah aku dengar daripada Rasulullah SAW tidak hanya sekali, bahkan tidak hanya dua kali atau tiga kali.” (Hadis Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi. Syaikh Al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth menilainya sahih)