Hampir semua orang akan mengalami jerawat. Tetapi tahukah anda, kebiasaannya masalah jerawat bermula pada usia remaja. Ia boleh menyebabkan mereka berasa rendah diri dan boleh membawa tekanan pada hidup mereka.
Memahami jenis jerawat boleh membantu remaja mengenali keadaan kulit mereka supaya dapat dijaga dan dirawat dengan segera.
Terdapat gejala jerawat yang berbeza dan ia bergantung kepada keterukan keadaan anda. Jerawat biasanya muncul di muka, dahi, dada, belakang badan dan bahu
Jika jerawat bertambah teruk, anda perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk mendapatkan rawatan.
✓ Menjaga dan membersihkan kulit dengan kerap;
✓ Memilih produk penjagaan kulit dengan berhati-hati dan
✓ Mengelakkan sentuhan dengan bahan berminyak boleh membantu mengurangkan jerawat.
Jika kaedah ini tiada menunjukkan perubahan, sila berjumpa dengan pakar dermatologi yang bertauliah untuk cadangan lanjut.
Masalah jerawat kerap berlaku pada bahagian muka. Masalah ini biasanya dialami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan. Walaupun masalah ini dianggap ringan dan boleh diubati sendiri tetapi jika tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kesan fizikal dan emosi yang teruk.
Jerawat terjadi apabila liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik. Selain merawat masalah jerawat, terdapat juga cara untuk menghindari jerawat.