BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Apabila prof. Muhaya dikomen...

tuksidang

Banned
Messages
4,972
Joined
Jul 26, 2008
Messages
4,972
Reaction score
463
Points
41


Isteri sy bertanya 'bang, mengapa ya ramai yg marah dgn statement prof tu? Nampak ok je...'.

'Abang melihat isu barang naik begini : tepat sekali saranan Prof bahawa kita mesti melihat kehidupan dengan 80 peratus mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat masalah.'

Cadangan tersebut tepat ditujukan kpd golongan yg marahkan barang naik tapi pada masa sama bermentaliti biawak/bangau : malas kerja, tak mahu perbaiki diri & asyik cari salah org lain. So, dari menyalahkan pihak luar, barik start tudung jari ke diri sendiri dlu. Find solution, not focus on problem.

TETAPI mama, pada masa sama, kita perlu melihat isu ini dgn hati yg emphati. Ada RATUSAN RIBU rakyat di luar sana yg memang setiap hari fikir positif, always try very hard utk baiki ekonomi keluarga & cari solution everyday.

Mereka ini ada yg bangun 3 pagi prepare nasi lemak & kuih utk dijual paginya just nak dpt duit yg cukup2 utk byr sewa rumah aje. Ada yg kerja 20 jam sehari tp gajinya just cukup makan aje, belum dpt pun bayar hutang. Ramai yg kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Mereka bukannya tak positif, bukannya tak rajin. bukannya duduk kosong sj. Tp MEMANG DITENTUKAN TUHAN, tak semua manusia bernasib baik spt kita. Ingat, rezeki melimpah yg kita nikmati bukan bermakna ia adalah dari usaha kita, tp sebab Tuhan yg nak bagi.
Dan ada org yg luarbiasa berusaha di luar sana, tp Tuhan masih belum limpahkan rezekiNya kpd mereka atas hikmah yg PASTI Tuhan sendiri ketahui.

Maka kita selaku manusia jgn cepat menyalahkan mereka. Kita perlu ada hati yg merasai penderitaan golongan ini yg amat terkesan bila gula naik walaupun seposen. Sebab bagi mereka sepuluh sen itu sama nilainya dgn RM100 pada perkiraan kita.

MORAL : Bagi kita yg selalu berjaya & berada diatas, kita perlu sedari kejayaan itu bukan atas usaha kita tp SEBAB ALLAH YG NAK BANTU. Dlm masa sama, ada org yg AMAT KUAT BERUSAHA everyday, cuma nasib mereka belum spt kita. Ada juga org yg tak berjaya sbb salah diri mereka sendiri, iaitu tak mahu berubah & berfikiran negatif.

- Bagi yg berjaya, bersyukurlah dan banyak beristighfar jikalau ada terlintas utk diskredit org lain yg belum berjaya - Surah Nasr ada kongsi tips ini.

- Bagi yg belum berjaya kerana bermentaliti negatif, belajarlah tuding jari pd diri sendiri, sbb Allah pun pesan begitu : Allah takkan ubah nasib sehingga kita yg start ubah diri sendiri dlu - Surah Rakd, 11

- bagi yg belum berjaya walaupun usahanya maksimum, sy doakan Allah berkati hidup & limpahkan rezekiNya kpd anda. Allah akan gantikan syurga atas segala kesabaran & ketabahan anda.

- CORETAN DI ATAS UTK DIRI SY SENDIRI, agar sentiasa bersyukur, bermentaliti positif dan bermentaliti simpati & empati terhadap org lain.
 
Balik2 nak salahkan rakyat. Tah hapa2 la. Takut sangat nak komen pemerintah. Punca berlaku ni bukan salah rakyat la.. Adoiii!.
 
tang salah...sume rakyat yg salah?!
tang betul...sume jerung2 atas tu je yg betoi???!!
stiap bln bertali arus brg2 naik smpai jadi hancing dlm paper, berbilion duit negara lesap ke tgn2 hitam & bersepah sykt2 kroni yg berkembang biak buat taik, lg mau cover story ttup lubang lg? last2 rkyat yg hdup trsepit merempat dgn bangla jgk yg disuruh brjimat cermat ikat perut lg?
 
Sebelum Prof Muhaya keluarkan solusi pada kenaikan brg, rakyat dah bertahun-tahun buat kerja part-time, bisnes online, ada yg sehari dua tiga kerja dsb untuk menampung pendapatan.

Rakyat mahukan input terbaru; org yg mempertahankan hak mereka pula.

Rakyat sekarang menunggu giliran org atas pula buat kerja; membantu rakyat meringankan beban
 
terBAEK!!!!
kesilapan prof muhaya hanya sbb dia lupa utk tunduk dan lihat org di bawah sbb asyik dongak dan pandang kamera tv shj....
 
Kesilapan terbesar Prof ini hanyalah beri solusi kpd sebelah pihak saja iaitu rakyat ... Solusi utk pemerintah yg boros dan x beramanah tidak diberikan...
 
Kesilapan terbesar Prof ini hanyalah beri solusi kpd sebelah pihak saja iaitu rakyat ... Solusi utk pemerintah yg boros dan x beramanah tidak diberikan...

ya betul...sepatutnya dia harus melihat juga kepada punca masalah rakyat iaitu keborosan KERAjaan...
 
Back
Top
Log in Register