BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apabila eskelator gagal berfungsi (FB VIDEO) UPDATE

Breekachu

Super Active Member
Messages
6,287
Joined
Dec 15, 2012
Messages
6,287
Reaction score
136
Points
73
https://www.facebook.com/sayer.pudin/videos/vb.100000397504849/942316662458242/?type=2&theater

seram jugak eh, nak gelak pun serba salah :p


- kelakar gak tgk

Eskalator tiba-tiba mengundur, pengunjung jatuh bertimpa


jatuh-bertimpa-600x360.jpg

Keadaan pengunjung yang jatuh menimpa satu sama lain apabila eskalator tiba-tiba mengundur. Kejadian dikatakan berlaku di Setia City Mall. - Foto Facebook Video Viral

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Video pengunjung sebuah pusat beli belah jatuh dari eskalator seperti domino menjadi viral, baru-baru ini.


Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dipercayai pengunjung terjatuh selepas pergerakan eskalator itu tiba-tiba sahaja mengundur menyebabkan 20 orang terjatuh atas satu sama lain.

Rakaman sepanjang dua minit itu menunjukkan pengunjung termasuk seorang wanita yang mendukung anak kecil menaiki eskalator tetapi tidak lama selepas itu pergerakan eskalator mengundur menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

Kejadian dikatakan berlaku di Setia City Mall, Shah Alam.

Video yang dimuat naik oleh satu kumpulan Facebook Video Viral, tersebar dan dilihat 62,000 kali dan menerima 700 likes serta dikongsi sebanyak 1,600 sejak lebih dua jam lalu.

Netizen terperanjat dengan kemalangan yang berlaku dan ada yang menggesa supaya pengurusan Setia City Mall untuk bertanggungjawab.

“Confirm la tu Setia City Mall.. Mmg tulisan, signage semua betul scm. Saman la SP Setia tu”, kata seorang pengguna Facebook, Nur Nazuha.

“Patut sue je, diorang tu hari2 ntah brape billion make profit, escalator xleh nk maintain elok2 smpai xfunction well, ni menyebabkan nyawa orang, bukan main2, escalator kat SETIA CITY MALL kot,” komen Ameen Momoiro pula.

Berdasarkan komen yang diberikan, ada netizen yang mendakwa ia berlaku disebabkan lebih muatan yang menyebabkan rantai eskalator terputus.

“Rantai escalator tu putus, mohon pihak tecnicion (juruteknik) buat servis sepenuhnye pd premis yg ade escalator, ” kata seorang lagi, Rony Faudzi.

Seorang pengguna Facebook Faiz Craig Arzhari turut berkongsi pengalaman yang sama dan berkata ia berlaku disebabkan muatan lebih.

Beberapa pengguna Facebook yang lain meluahkan rasa simpati atas kejadian kerana seorang daripada pengunjung itu hamil.

“Perempuan pregnant tgh sarat pun ade..hopefully ok,” kata Fazrina Hazirah Ab Aziz.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/viral/2...ndur-pengunjung-jatuh-bertimpa/#ixzz3dgGnGKPL
 
Last edited:
Overloaded kot....kesian..macam ni bila guna escalator kena panjat nak tangga gak..kasi cepat sampai..
 
Overloaded kot....kesian..macam ni bila guna escalator kena panjat nak tangga gak..kasi cepat sampai..

kalau overload kenapa tak berenti je? kenapa terundur pulak? pelik aku ~X(
 
Xpernah lagi hadapi/ternampak situasi mcm ni...
Eskelator reverse balik...:-?
 
Maybe chain yg tarik setiap eskelator ni terputus..sebabtu dia reverse..just teori
 
Berat sangat... lain kali sabo sikit... lepaskan beberapa org... nie main sumbat2 jer.. kesian dah mcm strike bowling...
 
Eskelator cap ayam.. kalau di masjidil haram.. ramai lagi naik dalan dalam satu2 masa
 
Back
Top
Log in Register