BTC USD 82,795.5 Gold USD 4,171.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa yang silap dalam picture ni ?

Mail Aziz

Active+ Member
gem
Messages
2,689
Joined
Dec 27, 2012
Messages
2,689
Reaction score
1,122
Points
101
580604_228550730618620_1826108806_n.jpg

Biar saya cerita. Semasa solat asar di surau 1Borneo tadi, tiba-tiba seorang perempuan masuk dengan pakaian begitu seksi. Skirt paras paha, menampakan warna kaki yg putih gebu dan baju lengan pendek. Semua orang dalam surau terperanjat melihat kehadirannya lebih-lebih lagi wanita yang bertudung lebar. Ada yang geleng-geleng kepala dan berbisik-bisik. Wanita tadi tidak hiraukan apa yang berlaku, dia terus berwuduk dan memakai telekung lalu solat.

Saya duduk dibelakangnya, demi Allah saya betul-betul kagum dengan wanita itu. Walaupun dia seksi tetapi dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai muslim.

Gambar diatas kalau anda semua boleh perasan, cara duduk tahiyat akhir wanita ini adalah silap. Kakinya diletakkan di sebelah kiri walha sepatutnya kanan. Dalam hati saya terdetik, mungkin wanita ini baru hijrah atau menggenal sembahyang. Tapi dia berusaha. Saya kagum !

Selesai dia solat, saya beranikan diri menegur dia. Mula-mula puji kulit dia yang putih gebu, tanya bangsanya, asal di mana dan semualah.. selepas itu saya meneka-neka adakah dia saudara baru (masuk islam). Tekaan saya betul.

Wanita ini berketurunan cina, nama islamnya adalah Balqis. Dia baru belajar solat dan dia tidak tahu cara duduk tahiyat itu silap kerana tidak pernah ditegur sesiapa. Demi Allah, saya kagum dengan mua'laf itu. Dia belajar solat dan jika begitu imannya, saya tidak hairan jika suatu masa dia berjilbab. Semoga dia istiqomah. Amin

Di antara wahyu Allah kepada nabi Dauud 'alaihis salaam:
"Tiada seorang hamba yang taat kepada-Ku melainkan Aku memberinya sebelum dia minta, dan mengabulkan permohonannya sebelum dia berdoa, dan mengampuni dosanya sebelum dia mohon pengampunan (istighfar)." (HR. Ad-Dailami)

Iblis berkata kepada Robbnya, "Dengan keagungan dan kebesaranMu, aku tidak akan berhenti menyesatkan bani Adam selama mereka masih bernyawa." Lalu Allah berfirman: "Dengan keagungan dan kebesaranKu, Aku tidak akan berhenti mengampuni mereka selama mereka beristighfar". (HR. Ahmad)

Semoga boleh dijadikan iktibar buat kita semua. Termasuk lah saya sendiri. Inshaa Allah...
 
adakah hanya beristifar "Asta'firullah hal'azim..." dosa kita akan diampun?
 
adakah hanya beristifar "Asta'firullah hal'azim..." dosa kita akan diampun?

minta saje dari Dia.. selagi kite berusaha membaiki diri dan bertaubat.. istigfar banyak2 akan membuka jalan yang lebih terang kepada sesuatu yang lebih baik.. insyaAllah.. :)
 


Biar saya cerita. Semasa solat asar di surau 1Borneo tadi, tiba-tiba seorang perempuan masuk dengan pakaian begitu seksi. Skirt paras paha, menampakan warna kaki yg putih gebu dan baju lengan pendek. Semua orang dalam surau terperanjat melihat kehadirannya lebih-lebih lagi wanita yang bertudung lebar. Ada yang geleng-geleng kepala dan berbisik-bisik. Wanita tadi tidak hiraukan apa yang berlaku, dia terus berwuduk dan memakai telekung lalu solat.


adeh.. kene bersangka baik.. harap bisik2 yang membantu #:-S
 
dunia2..

ada yang pakai skirt tapi sembahyang..macam dulu aku solat kat masjid..tengok ada awek2 manis pakai baju ketat, tak pakai tudung tapi tetap ke masjid tunaikan solat..

tapi ada orang lain pulak..nama je pakai tudung tapi tak solat..

wallahualam
 
hg ni mail...ingatkan teka teki tadi...aku dok ushar gmbaq ni sampai ter kluaq ayaq mata
 
Kisah benar dari aku....

kejadian tahun lepas...
selepas solat asar di surau...
sorang saudara baru (bangsa cina)...tiba2 dtg kat aku....
dia minta aku ajar surah2 lazim....mula2 aku menolak..
sbb dlm waktu bertugas....tapi dia merayu sgt minta bantu ajar dia...

ada dlm 10 minit aku ajar dia baca surah2 lazim....
tiba2 bos aku call nak jumpa aku kat ofis....
aku ckp kat dia...aku ada urusan kerja...
tapi dia merayu kat aku lagi..tolong ajar lagi...
aku minta maaf kat dia..aku x boleh(sbb urusan kerja)

aku rasa terharu...sbb ada saudara baru...
x malu nak bertanya dan ada kemahuan untuk belajar...
 
Syukur....kita yg Islam dari lahir kadang2 hanyut......
 
amoi ni dh kawen lom.... lau lom.. aku sudi menerimanya.... :D
 
Back
Top
Log in Register