BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa Yang Korang Cari Sebenarnya..

10151778_10200798837931543_36868274_n.jpg


Rutin hidup korang sama macam gambar tak?
Siapakah sebenarnya anda, wahai manusia?
Bagaimana anda menjalani hidup?
Sekadar menjalani rutin harian, seperti air mengalir dan tak pernah memikirkan makna hidup?
Ketahuilah anda sebenarnya adalah seorang musafir.
Diciptakan Allah dari tanah, kembali lagi ke dalam tanah, kemudian menuju rumah abadi, Syurga atau Neraka.

Ini adalah contoh thread yang simple tapi penuh dengan pengisian...

Thanks TT for opening such a thread...

Gambar tu mewakili seribu makna...

Hidup zaman skarang nie makin lama makin meaningless, maunya tak, kerja n balik rumah tido... Esok pagi bangun tido, pi kerja then keluar makan ngan kawan2 terus balik rumah tido... Ini dinamakan rat-race...

Sesungguhnya hidup dibawah redha Ilahi itulah hidup penuh bermakna... Berkat itu penting... Hidup penuh keberkatan adalah hidup penuh dengan makna dan pengertian... Sentiasa cukup dengan apa ada... Alhamdulillah untuk segalanya...
 
Last edited:
103. Katakanlah: Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang
PALING RUGI amal-amal perbuatannya?
104. (iaitu) orang-orang yang telah SIA-SIA amal usahanya dalam
kehidupan dunia ini, sedang mereka MENYANGKA bahawa mereka
sentiasa BETUL dan BAIK pada APA SAHAJA yang mereka
lakukan.
 
arus yg membawa terlalu deras.... boleh berpaut sekejap utk berfikir dan berehat lepas tu terlepas... berpaut semula berfikir lepas tu terlepas...

apa nk buat...
nk buat apa...
apa nk buat..

yg pasti kalau setakat sorang2 aku memang tak kuat...

Setuju sangat-sangat... Arus yang membawa terlalu deras... Kita nak lawan sorang2, tak terlawan rasanya...

Kehidupan akhir zaman, semua inginkan wang dan kekayaan yang tiada nilai..sehingga kita lupa tujuan asal kita hidup di dunia ini

Betull... Dan aku sangat setuju... Dan bila bercakap soal duit tiada nilai dan aku kaitkan pulak ianya dengan gaya hidup masa kini, maka aku salahkan ia 100% pada sistem wang fiat...

Kerana wang fiatlah hidup kita satu dunia jadi macam ini... Selusuri sejarah wang fiat dan kita semua akan faham kenapa makin lama hidup kita makin rasa meaningless...
 
"Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu
tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu,
lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya,
lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemiian.” (riwayat Bukhari)


p/s: hati2 ye..

Thank you for such a reminder...
 
mencari pemimpin kebenaran yg boleh pandu hati utk berhadapan dgn Yang Maha Pencipta..
 
Back
Top
Log in Register