BTC USD 85,953.7 Gold USD 4,140.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa tindakan admin cg?

Status
Not open for further replies.
sy pasti pihak admin sukar membuat keputusan krn ia melibatkan byk pihak..myfazy121 bg la cdgn..
 
disebabkan isu nie dah jadi terhangat di pasaran, aku nak bersuara sikit..masing2 dah besar..aku yakin takde budak2 kecik kat sini..masing2 tau halal dan haram..jadi kite tak payah nak besarkan hal2 nie lagi..yang penting tepuk dada tanya selera..biarlah admin cg nie buat kerja die..dan kite buat kerja kita masing2..thanks sebab kite selalu ingat mengingati antara satu sama lain..ape2 pun tiada paksaan dalam setiap benda yg kita buat..
 
saya pon sokong dengan pendapat tu .. Jika section HYIP dan pengiklan banner2 tu boleh menyebabkan newbie2 dan org kurang pengetahuan terjebak dengan mudah dengan HYIP nie ...

maaf bro..

Delete ke tak delete ker..itu bukan isunyer..
sbb kalo CG tutup pon..ader banyak lagi laman forum kat internet nie..
MMG,TG,NG,GG just to name a few..
Impossible nak delete sumernyer!!

Thread masih boleh ONN...cuma sbgai individu muslim, setiap dr kiter perlu ader kkuatan...UNTUK KATAKAN TIDAK!!

mmg benar tapi , kita kena fikir juga , kalau kita bagi ruang untuk HYIP nie , newbie mahu pon x newbie mudah terjebak dan org yg kendalikannya kena tempiasnya juga sbb memperkenalkan sesuatu yg haram kepada org ramai.

JUST MY 2 CENT
 
saya sokong delete section hyip dan surf pasal selagi ada benda tu selagi org kena tipu walaupun haram dia org join gak .... pendapat saya buang kan je ... dah sah haram #:-S
 
terpulang la kepada individu masing2...... xyah nak kecoh2 umpama kononnya hero yang menyelamatkan keadaan....
 
ako rasa dah byk kali org bincang benda nie

ako rasa xyah payah delete.. cuma sapa yg tau takyah la masuk.. sebab forum nie target dia international.. org melayu,cina, omputih apa ka sumer pakat dok masuk CG..

Yg penting atas diri sendiri,

Contoh je, Malaysia, rakyat berbilang kaum, xkan sebab Agama rasmi kita islam, kita nak robohkan sumer kuil.. Sama la ngan HYIP, memang la haram, tapi x adil la kepada members lain yg non muslim..

So atas diri sendiri la kot.. biar je CG mcm nie,
 
mmm....well ini bukan isu nak jd hero menyelamatkan keadaan.

spt sy katakan....ini adalah pendapat seorng ahli CG.

semua org sayang CG, mcm kita sayang KELUARGA sendiri, TERJAGA dari semua perkara, baik yg bathil mahupun yg kerdil.

hanya satu, perolehi pendapatan yg baik2 utk diberi makanan sekeluarga.

cth, jgn buka kedai JUDI, sbb org akan cuba walaupun dah tau haram berjudi. jd sy percaya CG mcm kedai, jk tiada section tu, org tidak terjebak secara terus krn dgn adanya section tu, yg x tau wujudnya program akan tahu, dan bila dah tahu, ingin mencuba, nak mencuba tak tahu bagaimana, dah tahu pula mencari referrer, bila dah terjoin, pakat2 menyemarakkan program x kira online mahupun offline, nak lebih lagi.....promote habis2an sehingga org naif berkaitan online biz terpengaruh sbb dijanjikan pulangan, tetapi bila semuanya dah ON HOLD/CLOSE, mulalah salahkan sipolan dan sipolan, padahal jk kita yg arif berkaitan online biz sudah sedia maklum, JUST INVEST THE AMOUNT YOU AFFORD TO LOSE/KNOW THE RISKS,....itu dulu2 punya pemahamanlah sbb tak mengkaji fixed return melibatkan RIBA....so skrng dah jelas, pakat2 jauhi serta hindarkan....jd bila kedai dlm CG tutup, tp masih belum mendapat hidayah serta kekuatan diri menghindari RIBA....pilihlah rumah2 lain krn itu hak anda.....sy cuma inginkan CG dijadikan tempat pertemuan online biz yg pasti bermenafaat kpd ahli2nya, cth jk sy sbg banker, jk ahli memerlukan pinjaman peribadi, sy hanya boleh nyatakan ada peruntukan tetapi kenalah mematuhi syarat2 yg ditetapkan pihak pengurusan bank.

satu lagi, ada pihak menjadi ejen insuran, diutarakan krn bgnya plan yg dibawa berfaedah utk ahli CG, yg x tau dah diperkenalkan, cuma jk hendakkan details, berhubung utk pelbagai persoalan.

cth ada juga ahli mendapat kontek baik jual kad prepaid, tidak salah memberi peluang kpd ahli sama2 menceburi penjualan prepaid, sama2 berniaga....ini barulah dinamakan berfaedah berniaga berkumpulan serta pendapatan bersih.

*hanya pandangan ahli CG
 
hahaaha

terpulang la kepada individu masing2...... xyah nak kecoh2 umpama kononnya hero yang menyelamatkan keadaan....

Inilah namanya perbincangan bro... kalau tak nak berbincang elok masuk gua pi bertapa...
 
terpulang la kepada individu masing2...... xyah nak kecoh2 umpama kononnya hero yang menyelamatkan keadaan....

tak salah berbincang, agar dapat menimba pengalaman, untuk kebaikan semua...peace:D
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register