BTC USD 83,196.9 Gold USD 4,255.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa sebenarnya yg berlaku semalam di LARKIN?

emk4y

Fun Poster
Messages
232
Joined
Sep 24, 2012
Messages
232
Reaction score
0
Points
15
602813_470707119691286_195120206_n.jpg
 
Yg ni penyokongnya mengamuk masa lawan ngan Sime Darby semalam

1234147_10151619747226915_100078559_n.jpg
 
Presiden PBNJ mengamuk di larkin !

25 AUG 2013 KUALA LUMPUR : Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Tengku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan sekali lagi berang dengan mutu pengadilan pengadil perlawanan bolasepak diantara pasukan Johor Darul Takzim menentang pasukan Felda United di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin, Johor malam tadi.

Tindakan Tengku Mahkota Johor itu, yang dilihat turun ke kawasan laluan masuk ke bilik persalinan dan memarahi pengadil perlawanan, dirakamkan oleh peminat Johor Darul Takzim dan di naik turun di laman youtube sejak dari malam tadi.

Jelas, tindakan Tengku Mahkota itu yang pernah dihukum oleh Persatuan Bolasepak Malaysia kerana kelantangannya dalam mengkritik mutu pengadilan bolasepak di Malaysia dianggap tidak professional. Tindakan Tengku Mahkota itu bukan sahaja boleh menyebabkan keadaan lebih buruk ke atas keselamatan pegawai perlawanan malah menyukarkan lagi situasi pegawai perlawanan untuk mengadili perlawanan JDT pada masa akan datang.

Ibarat kata pepatah, Pengadil ibarat mentimun, TMJ ibarat durian, apalah yang mampu dilakukan oleh Pengadil perlawanan bila berhadapan dengan situasi seperti ini. Bila TMJ sendiri gagal mengawal amarahnya, rakyat jelata pasti akan mengikut rentaknya, sebagai tanda taat setia. Mampukah disaat itu kita menjamin keselamatan pegawai perlawanan ?

Namun jika di lihat dari prespektif yang lebih besar, sudah pasti, setiap pengadil perlawanan yang ditugaskan untuk mengadili perlawanan JDT pada masa akan datang menghadapi "sindrom TMJ" yang pasti akan menyebabkan mereka tergugat dalam membuat keputusan. Apakah kita mampu menjamin keputusan yang lebih telus dalam keputusan pengadil pada perlawanan JDT pada masa akan datang? Atau keputusan yang lebih memihak kepada JDT kerana bimbang TMJ akan murka selepas perlawanan ?

Harus diingat, Pengadil juga adalah insan biasa yang tidak lari membuat keputusan. Apatah lagi keputusan perlu dibuat dalam sekelip mata mengikut pengamatan undang-undang bolasepak. Dalam situasi ini, pasti setiap insan boleh melakukan kesilapan. Namun tindakan memarahi pegawai perlawanan itu secara terbuka, apatah lagi dari seorang individu yang berpengaruh dilihat tidak wajar.

Sudah pasti ada saluran yang lebih baik boleh digunakan sekiranya isu pengadilan di pertikaikan. Dan sebagai individu paling berpengaruh, Tengku Mahkota Johor seharusnya menggunakan saluran tersebut.

http://www.youtube.com/watch?v=XQqvMQTPtFs

SOURCE
 
di harap FAM amik keputusan tegas kat JDT ngn TMJ..
 
Dgr dulu kenyataan rasmi.. mutu pengadilan mmg mcm ****..
Dia nmpak lebih buat keje kalau dibandingkan dgn Sultan Pahang..
Kritik utk kebaikkan 1 benda yg bagus.. dgr dulu ape citer dia nanti..
Jgn yg kt dalam ni dok melenting bg komen tp xtau citer sebenar..
 
Back
Top
Log in Register