Di forum versi lama, kita offer lock account utk ahli forum yg hubungi kita bahawa mereka takkan login untuk satu jangka masa yg lama - samada temporarily atau permanently. Ia untuk mengelakkan sekiranya akaun tu berkemungkinan boleh di breach/hack oleh penggodam yg telah menggodam PC mereka terlebih dahulu dan berkemungkinan besar boleh retrieve semua jenis akaun mangsa yg ada di internet.
Namun, di forum versi baru ni kita tiada lagi keperluan untuk offer lock akaun. Untuk tambahkan keselamatan akaun kita, ahli boleh aktifkan "Two-Step Verification" di akaun masing masing. Samada boleh pilih "Email Verification" atau via "app code verification" (ini lebih secure berbanding email verification). Saya personally menggunakan app "Authy".
Kalau berminat, rujuk screenshot di bawah bagaimana utk aktifkan Two-Step Verification. Let me know jika masih tak berapa faham dan saya akan sediakan satu FAQ lengkap untuk mengaktifkan fungsi ini. Thx.