BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa itu KHILAFAH...???

demuara

Fun Poster
Messages
356
Joined
May 31, 2009
Messages
356
Reaction score
35
Points
20
Assalamualaikum...

Saya membuka thread ini untuk berbincang tentang KHILAFAH.... semuga boleh menambah ilmu dan maklumat...
 
Secara ringkas,

Imam Taqiyyuddin An Nabhani mendefinisikan Daulah Khilafah sebagai kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia (Imam Taqiyyuddin An Nabhani, Nizhamul Hukmi fil Islam).

Dari definisi ini,

jelas bahawa Daulah Khilafah adalah hanya satu untuk seluruh dunia. Kerana nas-nas syara’ (nushush syar’iyah) memang menunjukkan kewajipan umat Islam untuk bersatu dalam satu institusi negara.

Sebaliknya haram bagi mereka hidup dalam lebih dari satu negara.
 
Khilafah adalah sistem yang ingin dihapuskan oleh musuh2 Islam

http://www.youtube.com/watch?v=MadUni2B6i0

Ceramah yang bagus berkenaan apa yang dirancangkan oleh musuh Islam terhadap Islam dan sistem politiknya

Khilafah ni UMNO tak sebut, PAS pun tak sebut, walaupun keduanya mengaku parti Islam
 
jelas bahawa Daulah Khilafah adalah hanya satu untuk seluruh dunia. Kerana nas-nas syara’ (nushush syar’iyah) memang menunjukkan kewajipan umat Islam untuk bersatu dalam satu institusi negara.

Sebaliknya haram bagi mereka hidup dalam lebih dari satu negara.

masih samar-samar.. haram duk lebih satu negara? kena gabung negara ke baru boleh buat pemerintahan khilafah nih..?

hu umur aku 25 baru aku tahu beza tentang sistem pemerintahan...

p/s: sapa reti buat blog tentang sistem pemerintahan ngan ciri memang aku bookmark blog dia+linkkan blog dia dari semua blog-blog aku.... sertakan negara yang ikut cara pemerintahan sekali.. ko nak letak iklan ke hapa ke.. itu ikut ko.. aku nak pencerahan tentang beza sistem pemerintahan.. isi penting.. tima kasih..
 
Apa Hukumnya Mendirikan Khilafah?

Kewajipan tersebut didasarkan pada nas-nas al-Qur`an, as-Sunnah, Ijma’ Sahabat, dan Qiyas. Dalam al-Qur`an Allah SWT berfirman:

“Dan berpeganglah kalian semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai…” (TMQ. Ali-’Imran [3]: 103).

Rasulullah SAW dalam masalah persatuan umat ini bersabda:

“Barangsiapa mendatangi kalian - sedang urusan (kehidupan) kalian ada di bawah kepemimpinan satu orang (Imam/Khalifah) - dan dia hendak memecah belah kesatuan kalian dan mencerai-beraikan jemaah kalian, maka bunuhlah dia!” [HR. Muslim].

Rasulullah SAW bersabda:

“Jika dibai’at dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya.” [HR. Muslim].

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa membai’at seorang Imam (Khalifah), lalu memberikan genggaman tangannya dan menyerahkan buah hatinya, hendaklah ia mentaatinya semaksima mungkin. Dan jika datang orang lain hendak mencabut kekuasaannya, penggallah leher orang itu.” [HR. Muslim].

Di samping itu, Rasulullah SAW menegaskan pula dalam perjanjian antara kaum Muhajirin - Anshar dengan Yahudi:

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Surat Perjanjian ini dari Muhammad - Nabi antara orang-orang beriman dan kaum muslimin dari kalangan Quraisy dan Yatsrib - serta yang mengikut mereka dan menyusul mereka dan berjihad bersama-sama mereka - bahawa mereka adalah umat yang satu, di luar golongan orang lain...” (Lihat Sirah Ibnu Hisyam, Jilid II, hal. 119).

Nas-nas al-Qur`an dan as-Sunnah di atas menegaskan adanya kewajipan bersatu bagi kaum muslimin atas dasar Islam (hablullah) - bukan atas dasar kebangsaan atau ikatan palsu lainnya yang dicipta penjajah yang kafir - di bawah satu kepemimpinan, iaitu seorang Khalifah.

Dalil-dalil di atas juga menegaskan keharaman berpecah-belah, di samping menunjukkan pula jenis hukuman syar’ie bagi orang yang berupaya memecah-belah umat Islam menjadi beberapa negara, iaitu hukuman mati
 
Khilafah ni UMNO tak sebut, PAS pun tak sebut, walaupun keduanya mengaku parti Islam

betul ke PAS tak sebut atau memang kamu tak pernah tahu pun PAS atau Nik Aziz pernah beri kuliah pasal khalifah?
 

Nas-nas al-Qur`an dan as-Sunnah di atas menegaskan adanya kewajipan bersatu bagi kaum muslimin atas dasar Islam (hablullah) - bukan atas dasar kebangsaan atau ikatan palsu lainnya yang dicipta penjajah yang kafir - di bawah satu kepemimpinan, iaitu seorang Khalifah.


saya tertarik dengan ayat ni. boleh tolong terangkan sket?
 
pada saya, setakat nih...

PAS masih lagi ditakuk demokrasi.....

bukan khalifah......
 
sistem Khalifah dgn sistem Assyura' sama ke?ada apa2 kaitan kah?
 
Back
Top
Log in Register